Sunday, December 19, 2010

trailer Hikayat Merong Mahawangsa - SUPERB!


Filem Hikayat Merong Mahawangsa, atau dalam tajuk Inggeris, The Malay Chronicles: Bloodlines merupakan sebuah filem terbitan KRU Studio akan ditayangkan secara serentak di 34 negara, pada 10 Mac 2011. Keunikan filem ini mengabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom.
Susunan muzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra menguatkan lagi jalan cerita Hikayat Merong Mahawangsa, yang juga didokong oleh penggunaan teknik CGI yang amat cantik, dan natural. Kami lihat percubaan berani KRU Studio untuk menghasilkan filem bertaraf antarabangsa ini, boleh berjaya.
Mengisahkan Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.
Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni....tengok trailer pun da macam gempak giler....thumbs up untuk KRU Production....Dah boleh melawan cerita Narnia 3 la macam ni.....Buat sapa2 yang x puas ati dengan trailer ni, korang leh tgk gambar2 di belakang tabir dengan klik link READ MORE kat bawah.....
*kredit kpd Ohbulan!!


27263 350325770861 350175700861 5309069 5786177 n (Trailer) Filem Hikayat Merong Mahawangsa & Rakaman Belakang Tabir
27263 350331400861 350175700861 5309173 3722409 n (Trailer) Filem Hikayat Merong Mahawangsa & Rakaman Belakang Tabir
27263 350331415861 350175700861 5309176 1732001 n (Trailer) Filem Hikayat Merong Mahawangsa & Rakaman Belakang Tabir
27263 350331420861 350175700861 5309177 5623087 n (Trailer) Filem Hikayat Merong Mahawangsa & Rakaman Belakang Tabir
27263 350325690861 350175700861 5309062 7687138 n (Trailer) Filem Hikayat Merong Mahawangsa & Rakaman Belakang Tabir

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

2 comments:

Anonymous said...

semat mce sy hero dio~~

- HaRYaNi - said...

hahaha...yo la 2 dr zepul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...