Tuesday, December 7, 2010

Lawak Siri 2 pulak....



Teksi


Seorang suami merungut kepada isterinya kerana menaiki teksi hari-
hari ketempat kerja.
Suami: Awak nih hari-hari naik teksi ke pejabat. Awak tahu tak ia
melibatkan belanja yang tinggi.
Isteri: Habis tu kalau saya tak naik teksi, saya nak naik apa lagi.
Saya nak tumpang kawan ke pejabat awak tak kasi, nak naik LRT tak
ada kat sini, nak naik komuter stesen jauh. Habis awak nak saya naik
apa jalan kaki.
Suami: Kawan awak tu lelaki sebab itu saya tak kasi nanti awak ada
affair pulak dengan dia.
Isteri: Allo awak dah lupa ke yang awak tu drebar teksi. Bukan ke
awak yang hantar saya hari-hari ker?

lagi cte lawak dgn menekan READ MORE dibwah....



Nenek Ani


Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do’a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.
Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani..
Selesai memimpin do’a, Pak Mudhin berbicara, “Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya”.
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
“Mudhin jangan berdiri di situ…! Jangan pijak saluran oksigen aku..!”

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...