Inilah tindakan berani seorang anak yang tidak mahu lagi bersubahat menanggung dosa
atas perbuatan ibunya yang selalu membawa 'anak ikan' balik kerumahnya.Dia sudah berkali-kali menasihatkan
ibunya supaya menghentikan perbuatannya tetapi tidak dipedulikan....saya petik dari myMetro
PUTRAJAYA: Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau ‘anak ikan’ belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri.
Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu.
Sumber berkata, pasangan berkenaan sebelum ini bijak menyembunyikan perbuatan terkutuk mereka kerana rumah itu turut dihuni anak perempuan terbabit yang berusia 20 tahun serta dua anak lelaki belasan tahun.
Menurutnya, mungkin meluat dan tidak mahu bersubahat dengan sikap ibunya yang bergelumang dosa, anak perempuan itu sendiri yang membuat laporan supaya ibunya ditahan.
“Ketika serbuan wanita itu membuka pintu rumah dan membenarkan penguat kuasa masuk seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. “Dia cuba menipu penguat kuasa dengan memberitahu mendakwa teman lelakinya yang ketika itu sudah berpakaian lengkap adalah saudara terdekat yang menumpang buat sementara sebelum memperoleh pekerjaan tetap,” katanya.-bacaan selanjutnya sila ke sini
sumber = borak kosong
No comments:
Post a Comment