Sunday, December 26, 2010

Ustaz Azizan, MB Kedah Haram Berada Di Sekolah2 Kedah???


Sekolah larang gambar Azizan 
ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat. “Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia. “Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah. “Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit. Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut.


>>>>> Tindakan kurang cerdik seperti takutkan bayang-bayang sendiri...hehe. Aura Ust Azizan disekat daripada masuk ke dalam pemikiran2 penjawat awam terutama guru-guru. Kami orang Kedah terus memberikan taat setia pada MB kami.hehe.
Idop Ustz Azizan!!

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

3 comments:

Syarih said...

Nak wat cam na dah depa tu tak leh nak terima. Sy dengar lama dah dari pengarah pelajaran yang dulu lagi dah...sapa pun naik asal kita rakyat idup bahagia sudah.

YaNiEz said...

tp x ptut la buat cm ni....bertanding r dgn adil...

Anonymous said...

betul la....dkt sk sy pngtua x bgi gntung gmbar MB kedah. dekat dewan, blik guru n pjabat pun x ada.sy hairan??? sptutnya x leh la buat cam tu...... walaupun politik berbeza tp dia tetap "MB KEDAH".........ish3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...