Thursday, December 9, 2010

seronoknye hrga minyak naik!!!!!!

Kuala Lumpur – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. 

Post Image

klik READ MORE dibwh utk bacaan sebenar knpa makhluk2 ni epi minyak naik....




Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.
Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin.”

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi.”

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,”Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap ‘Merah’, ‘Hizau’ minyak lama, ‘kuning’ minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.”

Majulah harga minyak utk rakyat....

SEKIAN....


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

3 comments:

Mohamadazhan.com said...

minyak naik tak pa, masalahnya barang2 harian akan naik kak abg semua....tol pun akan naik...rakyat gaji 7ratus dok k.l mmg teruk la...tak dpt byang cmna

Pemilik Blog said...

aku paling suke komen si pembonceng motor tu... hahahha.. tyahniah la kepade pembeli minyak ye... termasuk aku le... heheheh..

http://blogmacammacamada.blogspot.com

- HaRYaNi - said...

Mohamadazhan hjDesa : gurauan je ni....suke suki jer...

Pemilik Blog : hahahaha....tahniah la yer... =]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...