Sepuluh jenis seksaan yang menimpa wanita yang di perlihatkan kepada Nabi Muhammad SAWketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.Dalam perjalanan itu Baginda diperlihatkan
- perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain
- perempuan yang di gantung lidahnya dan tangannya di keluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya
- perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya
- perempuan yang diikat dua kakinya serta tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub.Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu.
- perempuan yang memakan dagingnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala.Mereka adalah perempuan yang berhias untuk di lihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain
- perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.Mereka adalah perempuan yang suka memasyurkan diri sendiri supaya orang melihat perhiasannya
- perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai.Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta
- perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke mulutnya dan keluar melalui duburnya,Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
No comments:
Post a Comment