Monday, October 24, 2011

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

Assalamualaikum.

Dah lama x meneruskan cabaran 30 Things In 30 Days ni. Last entry sal cabaran ni (DAY 6) pun dibuat pada 16 June. Ni dah bukan 30 days tapi mungkin akan jadi 30 months, atau lebih lama lagi. Ngee.... =)

Seumur hidup, Yanie pernah sekali bela ayam katek. Tak ingat bapa ekor, tapi yang Yanie ingat, disebabkan Yanie sekolah petang waktu tu (Form 2), so pagi2 Yanie kena bangun basuh taik ayam tu. Busuk gila. Kalau x salah ayam katek tu kawan abah bagi siap dengan reban lagi. Bawah reban tu abah pasang zink utk elak taik ayam kena tanah. So pagi2 Yanie kena curah air ke zink tu bagi taik ayam ni masuk dalam longkang. Dah masuk longkang, kena curah lagi air sampai ke hujung longkang sampai taik2 tu dah masuk ke longkang besaq. Fuh. Bau jangan cakap la. Gila kuat.

Dulu ada sekoq warna sebijik mcm ni, yang paling jinak dengan Yanie

Tapi apa yang Yanie blajaq, waktu Darjah 5, cikgu bm ada bagi perumpaan - 'macam ayam berak kapur'. Mula2 Yanie xtau pun macam mana ayam boleh berak kapur? Cikgu cakap maksudnya x bapa nak sihat, serba x kena. Mula2 pelik gak, camna ayam boleh berak kapoq? Dia makan dedak ja, xdak pun makan kapoq. Lepas bela ayam tu, baru Yanie tau mcm mana rupa ayam berak kapoq. Bukan berak keluaq kapoq tapi taik akan ada bahagian putih sama macam kaler kapoq. Tu pun sebab ada sekoq ayam rajin sangat berak kapoq. Makin lama bahagian kaler putih kapoq tu makin banyak. Tringat kata cikgu, ayam berak kapoq kalau dia sakit ja. Tapi x nampak pun cam sakit. Cuma perasan ayam tu makin diam. Betul cakap cikgu, xlama pastu ayam tu mati. Sedihnya, Yanie x jaga ayam tu elok2. Sob3... Ayam, jangan lupa aku kat sini tau...  ='(

Tapi sebenaqnya, binatang yang Yanie paling nak bela dari kecik adalah kucing. Waktu tadika, sebelum tidoq Yanie akan selimutkan badan n Yanie akan buat 2 lubang bonggol atau lubang kecik dekat selimut sebelah Yanie. Pastu Yanie doa supaya bila bangun tidoq nanti, bagila ada 2 ekoq anak kucing dalam bonggol selimut yang Yanie dah buat tu. Rasa2 ada x kucing tu bila Yanie bangun sok? Mestilah tak dak kan! Dah 5 kali mintak xdpat2, Yanie tukaq strategi. MISI PUJUK MAK!!! Tapi dah banyak mintak nak bela tapi xdapat2. Mak mesti buat bengkek je tiap kali Yanie mintak nak bela kucing. Buat2 hati batu. Cait.

Yanie = Mak, jom bela kucing! (muka eksaited x hengat)
Mak = (dengan muka slumber) x boleh! 
Yanie = Ala, awat pulak???? (muka kecewa)
Mak = nanti dia berak merata tempat, sapa nak basuh?
Yanie = Ala, kita ajaq la dia berak dalam jamban. Mesti dah x berak merata tempat.
Mak = . . . . . . . . . 

Boleh ke kucing berak dalam jamban?



Mungkin alasan aku guna x ckup kuat, sebab tu la sampai sekarang x dapat nak bela jugak..... (=_=!)



p/s : MAK, lau angah mintak nak bela sekarang boleh dak?

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

2 comments:

Onitsuka_hana said...

hana da bela kucing.. berak dalam bilik air. time kecik beli pasir khas untuk kucing. Pas2 dah kucing tu cam remaja skit otomatik berak dalam bilik air.hehe

Haryani said...

bestnyer....dulu pnah gak dgr kwn ckp kucing dia berak dlm toilet....2 yg asyik suruh mak bela...tp mak x caye....hehehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...