Assalamualaikum...
Untuk dikongsi bersama rakan2....
sekadar perkongsian buat semua wanita Islam dan diri sendiri terutamanya....diambil dri laman FB utk kte sme2 muhasabah diri masing2....tapi Yanie kecewa sbb ade komen yg kurang membina bila admin page ni post gmbr ni...antara komen2 tersebut adalah :
Wanita A - apesal bile bertudung lebih bnyk jumlh peratusnya drpd org x pkai tudung? tipu la ni..Allah saje yg tau..~~
Wanita B - npew prtus yg pkai tdung lgy tggy?????so pas ni msty sume pompuan xmo pkai tdung sbb prtus lgy krang...xpatot.....trpeson g sdh
memang la peratusan kt atas ni x betul mana pun..tp ini sekadar peringatan,jauh skali utk memesongkan...org kata skadar bayangan untuk teguran yang diberikan...kalau beri teguran secara direct, takut berkecil hati...tapi admin page ni memberikan jawapan yang agak bagus n tidak melibatkan sebarang emosi..
1) - ingt,aurat itu bukn shja rmbut,,tetapi melingkungi semua perkra,,,lengan,dada,selru h tbuh badan kecuali muka dn tapak tgn..contoh,kita lihat,artis ana raffali yg berbaju kurang dan yuna yg betdung but tgk pakaiannya,,so,,mne lg yg sopan???ingt,jgn jadi manusia yg beragama sekular,,dimana amek mne yg kita nk,dn xambek ape yg kita xnk,,renung2 kan,,,benda dh haram,memg haram,,,xperlu nk mcm2 alasan,,;)....
2) - rasanya admin xkate pon peratusan ini ad ldm al quran,so,,bukan mslh tipu xtpu,,nih sebgi peringatan,,,terima seadanya..."ANTARA SOLAT XDITERIMA ADALAH ORG YG XTUTUP AURAT"..xperlu mtk2 dalil,bab2 nih la nk mtk dalil,,dalil suh tup aurat pon susa nk ikot,,;)
hurm....Yanie nk bg komen pun Yanie sndiri masih banyak kekurangan dalam bab2 ni...cuma apa yg Yanie blh buat sekadar search kt pakcik Google n kongsi dgn korang semua....cthnya mcm ni :
Dalil wajibnya menutup aurat
Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)
Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)
Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)
Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam supaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri.
Dalam masalah aurat ini, Dr. Abdul Karim Zaidan hafizhahullah mengatakan kaedah yang diguna pakai secara umumnya ialah : “Setiap aurat wanita wajib ditutup dan disembunyikan dari pandangan lelaki yang bukan mahram, dan anggota badan wanita yang bukan aurat boleh dinampakkan dan tidak perlu ditutup dari pandangan lelaki yang bukan mahram melainkan jika ada sebab-sebab tertentu”. Apakah anggota badan wanita yang dikira aurat dan apa pula yang bukan aurat?
Majoriti para ulama’ mengatakan bahawa seluruh anggota badan wanita ialah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu menafsirkan ‘kecuali yang (biasa) nampak daripadanya’ dari ayat 31 dalam surah al-Nuur sebagai muka dan tapak tangan. Jadi setiap wanita Muslimah yang telah baligh wajib menutup seluruh anggota badannya dari pandangan lelaki yang bukan mahram kecuali muka dan kedua tapak tangannya.
Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha maksudnya : “Asma’ binti Abi Bakr al-Siddiq masuk menemui Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dan dia memakai pakaian yang nipis, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berpaling daripadanya dan berkata : ‘Wahai Asma’, sekiranya seorang wanita telah didatangi haid, anggota badannya tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini’, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan ke mukanya dan kedua tapak tangannya” (rujuk SINI)
===============================================
Diatas ni semua adalah rujukan yang Yanie amik dri pelbagai sumber....untuk memandai2 bg pendapat sendiri dlm hal2 yg berkaitan agama ni mmg Yanie xbrani,tkut tersalah faham pulak. Buat kaum wanita, same2 la renungkan. Bila ada yg menegur, itu tandanya dia sayang pada kita n cuba hentikan kita dari terus melakukan dosa n kesalahan...Yanie jgak sedang berusaha ubah diri Yanie sdikit demi sedikit...InsyaALLAH....
suke tgk dia ni.. =)
Wardina pun bagus utk dijadikan contoh...
p/s : Semoga perubahan yg berlaku akan berkekalan...insyaALLAH...
No comments:
Post a Comment