Assalamualaikum...
Semalam dalam pukul 11 malam TV3 ada rancangan 'SOAL JAWAB' dimana Ahmad Fedtri Yahya menemubual Datuk Mashitah Ibrahim (DMI) mengenai kewujudan Kelab Isteri Taat (KIT)...Untuk pengetahuan, KIT penah menimbulkan isu dengan kenyataan Naib Presidennya, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’. APAKAH??? Isteri bukan pelacur ok...x kira kelas berapa pun....betul kata DMI, istilah TAAT tu perlu penerangan yang lebih jelas agar tidak mudah dipermainkan oleh kaum suami..kalau tidak, senang la si suami ni memutar belitkan maksud TAAT itu tersebut...Contoh yang diberikan oleh DMI :
Suami : Yang, abang nak kawen lagi 1....Yang g pinangkan si Peah tu untuk abang...Kalau tak, Yang dikira x taat dekat suami......X cium bau syurga tau kalau x taat suami...X dapat payung emas waktu di akhirat nanti....bla3....
Isteri : $*()(*&^%$#$%()_)(*&^%$#@#$*
Menurut DMI lagi, kewujudan kelab itu perlu dilihat semula bagi mengetahui siapa yang berada di sebaliknya yang mengambil inisiatif untuk menggerakkan kelab berkenaan. Ini kerana, KIT ni dikatakan cabang dari kumpulan Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Ikhwan Global. Dikhuatiri KIT ni sengaja mencipta publisiti murahan dengan mengaitkan isu seksual supaya dapat menarik lebih ramai pengikut bagi menyambung fahaman Al-Arqam yang telah diharamkan penubuhannya suatu ketika dahulu...
Dalam sesi soal jawab dengan Ahmad Fedtri semalam, DMI ada mengusulkan cadangan, kalau Kelab Isteri Taat ditubuhkan bagi mendidik isteri supaya taat kepada suami, maka KSS ataupun Kelab Suami Soleh juga wajar ditubuhkan bagi mendidik para suami agar suami2 ni dapat dididik menjadi suami yang soleh kepada isteri2 yang taat ni.... =)
Bagi Yanie, mula2 Yanie sokong ja KIT ni...nampak la kelab ni macam nak mengajar para2 isteri untuk menjadi isteri yang taat kepada suami...Tapi, bila isteri disamakan dengan pelacur, maaflah....Yanie terus x sokong...bagi Yanie, bila isteri disama taraf dengan pelacur, habis hilang keistimewaan perkataan 'Isteri' tu sendiri....Walaupun isteri dilabel sebagai 'Pelacur KELAS PERTAMA', tapi bila ada perkataan PELACUR, orang x kan pandang tinggi walaupun kelas berapa pun....letakla pelacur kelas langit ketujuh pun...selagi nama depan tu pelacur, orang tetap akan pandang rendah...betul tak??? =)
p/s : Isteri bukan pelacur, tapi anugerah.... =)
2 comments:
tak perlu!!!
DONIA KITA DOLU-DOLU..:)
mmg x perlu....hina sangat kot panggil pelacur....
Post a Comment