Tuesday, June 14, 2011

60% Remaja Perempuan Hilang Dara Sebelum 18 Tahun...


Nauzubillah...Terkejut Yanie baca post dari blog DuniaCacaMerba ni...Sebagai seorang perempuan, Yanie rasa malu bila baca post ni...Tapi demi pengetahuan buat rakan2 sejantina, juga sebagai peringatan bagi remaja2 wanita, Yanie copy post dari blog DCM...

Buat kaum wanita, bacalah....Bertindak gunakan akal...Ingat ibu bapa....Yanie juga x perfect,jadi nasihat ni pertamanya ditujukan kepada diri Yanie sendiri....kemudian barulah kepada rakan2....

==============================================
 
[HM] KUALA LUMPUR: Hubungan terlarang membabitkan pelajar sekolah dan remaja semakin membimbangkan, dengan ramai mengaku kehilangan dara menjelang umur 18 tahun dan melakukannya dengan lelaki berlainan. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSays.com, baru-baru ini.

“Sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih. 

“Hasil kajian rambang ini mungkin mengejutkan beberapa pihak, tapi inilah ‘reality check’. Kita kena terima hakikat remaja hari ini tahu mengenai seks lebih awal, seawal 10 atau 11 tahun.

“Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau Internet, dan ada juga mengenali seks melalui pornografi. Sangat sedikit mendapat pendedahan awal mengenai seks dengan bertanya ibu bapa atau guru,” katanya.

Menurutnya, 74 peratus remaja yang melakukan seks mengaku tidak mengamalkan kaedah perlindungan. 

Malah, 83 peratus memberitahu tidak mengalami kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripada mereka berasa ‘bahagia’ kerana pengalaman seks itu.

Kira-kira 30 peratus remaja pula memikirkan seks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti mereka ada pengetahuan cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan. 

Malah, berdasarkan soal selidik sama, ada 33 peratus hasil menunjukkan kemungkinan anak gadis yang masih belajar di tingkatan empat pernah melakukan hubungan seks. Dua daripada tiga pelajar melakukan hubungan seks kerana ingin mencuba dan bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 111 kes remaja hamil sepanjang empat bulan pertama pada 2010, menurun berbanding 131 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

p/s : berdoa mohon dijauhkan.... 

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

3 comments:

Anonymous said...

bahaye tul pompuan zaman sekang..tu la org2 tua suh kwen cpt2..

domo_gurl said...

pompuan tu wat cam tu pun sebab laky tu yang nak juga.. jangan salahkan pompuan tu aje..

- HaRYaNi - said...

dlm hal ni dua2 salah...masing2 ikut nafsu...artikel ni pn x kata ppuan salah...cuma kajian ni dibuat kpada anak2 gadis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...