Saturday, February 19, 2011

Mengumpat dan memfitnah...

Mengumpat ialah mengata sesuatu perkara yang benar mengenai saudara kita, sedangkan dia  membencinya (kerana mengaibkannya). Ia adalah tergolong dosa besar. Mengumpat lebih buruk dari berzina, kerana dosa berzina akan bolih mendapat keampunan Allah, sedangkan dosa mengumpat tidak diampunkan sebelum diampun oleh orang yang diumpat.

Memfitnah ialah mengata sesuatu yang tidak benar.  Memfitnah adalah dosa bersar dan ia lebih buruk dari membunoh. Kalau orang yang diumpat adalah musuh mereka, maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka menjadi golongan orang yang melakukan fitnah.

Orang yang mengumpat dan mencari kesalahan orang lain, Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan perbuatannya dan dirinya. Sabda Rasullah SAW ” Wahai orang yand beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhna, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya , maka Allah akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” 

Diakhirat, pahala orang yang mengumpat akan dapat kepada orang yang diumpat. Jika tidak cukup pahala mereka, dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.


sumber dari FB...

p/s : utk peringatan diri sendiri... =)

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

2 comments:

Mah@mahu said...

Betul mengumpat dlm blog pun berdosa huhuhuhu

YaNiEz said...

btul3...so elakkan la mngumpat even dlm blog... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...