Thursday, November 3, 2011

Resepi = Apam Polkadot Nyum Nyum!!


Assalamualaikum.....

Hai uolls! Kat Sungai Petani tengah hujan lebat...Mood rasa cam nak tido jer. Tadi g Giant sorang2 naik moto, nasib sempat balik sebelum hujan. Raya Haji da dekat. Mak suh kemas rumah, kemas dapur. Sat na mak, nak menghapdet blog sat.

Hari ni Yanie nak kongsi 1 resepi yang senang n mudah. Resepi Apam Polkadot. Boleh disajikan waktu Raya Haji nanti, buat gift utk orang pon boleh. Ala, macam orang dok bagi cupcake, coklat waktu besday tu. Apa kata tukaq style, bagi Apam Polkadot. Hias la cantik2 macam orang buat cupcake tu. Barang2 pun murah jer. Sekali buat bley dapat banyak. Sekali lagi...BANYAK GILERRR....

Ok, ni resepi dia. Kalau korang search kat internet pun sama je resepi dia. So Yanie nak tag tuan punya resepi pun xtau sebab da banyak blog Yanie bukak smua bagi resepi yang sama, kalau tag semua mau sampai Raya Haji x habis hapdet blog.. (=_=)!


APAM POLKADOT DOT DOT

- 3 biji telur (dari peti sejuk)
- 275gram tepung gandum
- 220gram gula halus
- 150gram susu segar (Yanie pakai susu Dutch Lady, ada yang kata susu cair pun boleh...Tah laa..)
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling (ni untuk inti apam, xnk letak pun xpe. Yanie pakai jem stroberi)
- Pewarna

Cara-cara
1. Pukul semua bahan apam kecuali filling dengan pewarna dengan kelajuan maksima selama 6 - 8 minit.
2. Pastu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan warna. Kalau ada 3 pewarna, asingkan la 3.
3. Letak pewarna dan kacau hingga sebati. Yanie pakai warna merah n hijau. Mula2 ingat akan jadi pelik n meriah sebab kaler ni mmg x matching langsung. Tapi lepas letak pewarna macam cantik la pulak! Better letak warna yang kontra baru nampak cantik.
4. Masukkan adunan dalam piping bag. Kalau x, guna plastik pun ok.
5. Picit adunan sket, masukkan filling pastu picit sampai 3/4 penuh. Yang ni awal2 masuk apam dalam bekas, Yanie pakai sudu jer. Masukkan filling yang Yanie pakai jem stroberi tu, jangan letak banyak tau besar sangat. Nanti dia akan turun ke dasar. Nak penuhkan apam tu pun ok, jadi cantik sket. Tapi jangan penuh betul2, lau x dia melimpah.
6. Buat la polkadot! Yang ni baru pakai filling buat la polkadot bape banyak korang suka pun.
7. Panaskan tempat kukus dalam 10 - 15 minit sebelum memasukkan apam yang sedia dibuat polkadot.
8. Kukus dengan api sederhana. Kalau api tinggi, nanti apam merekah. Kalau air untuk kukus da habis, isi dulu n biar 10 minit sebelum masukkan apam. Ni untuk make sure air jadi panas n sedia untuk mengukus.
9. JANGAN LUPA! Balut tudung kukus dengan kain bersih. Ni untuk elak air wap jatuh dalam apam n rosakkan permukaan apam tu....

Mula2 buat, Yanie rasa susah sgt nak buat polkadot tu. Lama gila masa Yanie amik. Bila mak datang tunjuk cara yang betul terus jer siap cepat. Wahhh...mak memang terer! Tengkiu mak tolong angah. Muah2!! So lepas da siap kukus, ni la rupa dia...

Awal2...Polkadot buat kecik2 jer....

Ni lak kaler ijau yang kena demam campak..

Yang first kukus. Polkadot pun x tersusun sangat. Hehehe...

Ni untuk dihidangkan untuk mem dan tuan besaq dalam rumah...

Dekat2 nak habis - da pandai buat polkadot besar2...

Last adunan. Buat corak lain pulak...

Adik Yanie yang 11 tahun tu pun teringin nak buat jugak. Mula2 Yanie x bagi, terus tarik muka 14. So pas Yanie bagi ni yang dia buat.

Hana - tu nama dia...





Lepas siap kukus. Dia makan semua sorang2! Cait....

Boleh lantik jadi pembantu...



So, untuk korang yang x pnah buat lagi, bley try buat... Yang dah buat dok diam2.... Ni untuk yang x buat ag....hehehehe.....


SELAMAT MENCUBA!!  v(^_^)v




P/s : Pas ni nak try Triffles pulak... =)

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

2 comments:

padiputeh said...

wahhh...cam best je,nk kne try ni:)

Haryani said...

try dila....sedap tau....brg2 pn x mahal mna pun.... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...