Assalamualaikum...
Cinta monyet...bukan monyet yang syok bercinta, tapi cinta yang diumpamakan macam seekor monyet, senang bergayut ke sana dan bergayut ke sini tanpa ada masalah. Macam cinta, hari ni kau jatuh hati dengan orang ini, esok lusa, tak...esok lusa cepat sangat. Mungkin minggu depan kau jatuh hati dengan orang lain pulak. Mungkin itu lebih senang digambarkan untuk cinta monyet. I mean real CINTA MONYET okay, yang mana bajet cinta dia sejati sila diam, atau sila jangan baca. Entry ini bukan untuk cinta anda yang sejati. Entry ini untuk cinta express atau cinta monyet SAHAJA.
Dalam meniti hari2 sebagai seorang remaja, rasanya hampir semua yang pernah melalui cinta cik mon ni. Yeap! When I said that 'hampir semua', it means I'm not an exception. Yanie jugak terlibat. Biasa la budak2 baru nak wujud perasaan untuk menyayangi dan disayangi oleh orang lain sehinggakan kadang2 terlalu mendamba atau terlalu mengharap agar cinta cik mon ni diterima. Bila x diterima, frust menonggeng seolah2 dunia dah berhenti berputar. Tapi ramai yang x sedar, disebalik harapan dan dambaan yang diberikan tu, ada lagi tangan yang sentiasa membelai, yang sentiasa menyokong tanpa mengharap sedikit pun balasan. Merekalah MAK dan ABAH......
Macam mana nak tau yang korang dah dilamun cinta cik mon ni??? Antara ciri2 cinta cik mon adalah --->
1 - Bersemangat nak buat apa saja bila si dia ada - Paling kurang dapat tengok muka si dia! Itu pun da cukup membahagiakan jiwa raga jantung ginjal n pundi kencing. Biarpun korang x suka dengan benda yang korang buat tp bila benda tu dapat buat korang jumpa dengan si dia pujaan hati, secara tiba2 ja benda tu da jadi 1 hobi pulak. Contohnya, korang x suka g skolah naik bas sebab bila turn korang naik bas, mesti korang yg akan jadi orang 1st kena berdiri sebab seat da penuh. Tapi bila si dia turut naik bas sekolah sama2, korang akan menjadi sangat teruja untuk naik bas sebab korang dapat tengok muka dia. Tak kisah la kena berdiri pun, lagi bagus sebab dapat berdiri sebelah seat si dia. Kalau dapat duduk sebelah lagi bagus, dapat menambahkan kenalan (tambah kenalan la sangat). Untung2 boleh dapat nombor phone. Daripada selalu tido dalam bas bila dapat seat, trus jadi aktif n x bley tido sebab nak berborak dengan dia...kan3???
2 - Ada diari khas - Diari khas yang dimaksudkan hanya khas untuk mencoretkan apa yang berlaku antara anda dan si dia. Tentang isi hati anda terhadap dia. Kalau ada poem yang lebih kurang sesuai dengan cinta cik mon anda tu, pasti akan diselitkan dalam diari dan siap dihias dengan cantik. N paling penting, ada tempat rahsia untuk sembunyikan diari tersebut. Takut Mak n Abah tau yang anak dia dah gatai. Contohnya =
1/4/2002 - Hari ni dapat duduk sebelah dia. Bahagianya rasa. Macam2 yang kami bualkan, dari sekolah, family n macam2 lagi. Rasa tak puas nak sembang. Nape la bas ni cepat sangat sampai ke sekolah. Kalau la hari2 macam ni......
5/5/2002 - Hari ni dia x g sekolah. Hurm..dia sakit ke? Risau la. Rasa nak call time tu jugak tapi xtau nombor telefon dia. Sunyi je dalam bas hari ni...Ottoke....
3 - Jiwang terlebih - Cinta cik mon sebenarnya sangat susah untuk menjanjikan si dia mempunyai perasaan yang sama. Kalau ada pun tak lama. Sama ada dia dah ada pemilik cinta cik mon yang baru, atau anda yang dah bertukar arah. Bila cinta cik mon x berbalas, mula la sedih nak mamp**. N secara tiba2 korang da jadi jiwang karat terlebih. Mesti tulis puisi2 yang sedih dalam diari. Sambil tulis diari sambil air mata mengalir. SOb3....Ceeewaaah....da mcam cita Hindustan tuh! Contoh puisi yang jiwang :
Hati ni ibarat bunga kristal yang berkilau disinar cahaya. Sekali ia dijatuhkan, ia takkan dapat kembali ke keadaan asal. Tak akan cantik bersinar seperti biasa. Begitulah diumpamakan dengan hati aku sekarang. Berkali2 aku diketepikan dan tak diendahkan namun aku masih menanti. Menanti untuknya kembali tersenyum dan meniti hari2 yang bahagia bersama2.....
Bluweeeekkkkssssss.............................................. (=_=)!
Tambahan = zaman sekarang da x pakai diari tapi pakai blog!
4 - Buat benda2 bodoh yang pasti korang akan kesali bila da besar sket - Ni yang paling penting. Bila korang dah dilanda musibah cinta cik mon, korang akan sanggup buat macam2 untuk cinta cik mon ni. Diulang benda bodoh tanpa pike kesan yang bakal terjadi. Contoh, korang g mengaku korang suka dia ni tapi dia menolak. Korang pun frust menonggeng n berjanji xkan jumpa dia lagi. Janji la sgt padahal naik bas sekolah yang sama. So esoknya korang plan xnak g sekolah naik bas. Mula2 berlakon cakap x larat, letih and tired nak g sekolah kat mak tapi last2 leteran mak yang dapat. Pas x berjaya, korang tunggu bas tepi jalan cam bese. Bila bas sampai, korang cakap g ngan mak. Pakcik bas pun rilek je jalan. Balik umah korang report kat mak abah bas da terlepas, pakcik tu jahat x tunggu. Jeng3...... Bila korang besar, korang akan pikir, bodoh betul buat cam tu, dah susahkan mak abah nak g antar sekolah. Dah la sebuk nak g keje, uruskan adik2 lg...Haish....
==================================================
Buat yang ada ciri2 tersebut, bawak2 la bertobat. Jangan diikut hati tu sangat. Baik g tolong mak cuci pinggan kat dapur. Yang paling penting, jangan senang2 bagi macam2 bila laki tu balas cinta cik mon korang ni. Ada yang sampai sanggup serah tubuh segala bagai. Pliss, jangan jadi bodoh. Cinta di usia belasan tahun sukar untuk menjanjikan apa2 sebab korang sendiri tak pasti perjalanan idop korang camner. Sebab tu korang dengar bila habis SPM n sambung blaja kt IPT, mesti ramai yang clash sebab da ada pasangan yang lebih sesuai dengan kehidupan semasa. Tapi yang berjaya kekal sampai ke alam perkahwinan, tahniah. Korang memang vogue de vass lah!
Jangan risau, cinta sejati korang akan muncul jugak. So jangan terlalu berharap akan cinta yang tak pasti kesudahannya di usia yang sangat muda. Ada sebab ibu bapa kawal pergaulan korang waktu tu. Jangan memberontak n buat benda bodoh ok! Buka ibu bapa x faham gelodak jiwa remaja anda tapi mereka cuma xnak anak mereka tersesat dalam dunia yang serba mengkhayalkan. Utamakan pelajaran dulu. Kalau korang ikhlas, InsyaALLAH jodoh tu tetap milik korang. Renung2 kan dan selamat beramal!!!
Buat si dia yang pernah jadi cinta cik mon Yanie yang baru2 ni terjumpa balik, ko x penah berubah walaupun dah bertahun x jmpa...da 7 tahun kita kenal...Walaupun kita sekadar kawan n tak penah couple pun, since I came from girl's school, u r my 1st male friend...Yeah, Yanie sangat noob dulu...n most surprisingly, your r/ship with your veterinarian gf dah masuk ke tahun ketujuh (or maybe eight??) Tahniah!!! Nanti ko kawen, Yanie datang n bila Yanie kawen, ko datang ea?? Deal??? Haha... =)
p/s = mak, jangan check bilik angah tau.....ada tempat rahsia utk simpan diari bodoh tu...hahaha!
No comments:
Post a Comment