Monday, November 8, 2010

mengaku Islam tapi x tau mengucap....ape ni!


klik READ MORE utk membaca kenapa mamat ni mengaku Islam tapi x tau mengucap.....



Jalan PJU 5/7

Kota Damansara 
Petaling Jaya 
3 Mac 2010 
11-30 pagi



Restorannya besar, dan pelanggannya ramai.



Lagu Tamil berkumandang di dalam restoran.



Rata-rata pelanggan adalah berugama Islam. 
Di satu sudut, sepasang suami isteri yang dikategorikan makcik dan pakcik, yang sudah tentu berugama Islam, leka makan nasi dalam daun pisang. Berselera sekali makcik itu makan.



Hari ini saya menyertai serbuan bersama Bahagian Hub Halal Jakim diketuai Penolong Pengarahnya, Ustaz Mohd Amri Abdullah.bersama Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK Putrajaya.



Ia merupakan sebuah restoran 'mamak' yang didapati menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.



Dalam bahasa mudah, sesuka hati tampal logo halal Jakim , yang sudah tentu motif utama ialah untuk menarik pelanggan Islam datang. 
Ada 3 logo itu, ditampal di 3 lokasi strategik di dalam restoran yang boleh nampak jelas untuk pelanggan Islam masuk untuk menjamu selera.



Pemilik restoran mengaku, mereka tidak pernah memohon sijil itu.



Untuk menguatkan lagi bukti, bahawa restoran ini sebenarnya bukan dikendalikan oleh orang Islam, yang sudah tentu diragui status halalnya, pekerja disoal-siasat. 
Hanya seorang yang mengaku Islam manakala yang lainnya mengaku bukan berugama Islam dari berasal dari India.



Perkara paling asas diajukan kepada pekerja yang berasal dari Thiruvaralli, India ini. 
Dia diminta mengucap dua kalimah syahadat.



Dia menggelengkan kepala seolah-olah tidak memahami apa yang ditanya malah mengeluarkan ayat yang lansung tidak difahami samada Bahasa Tamil, Arab, Parsi, atau Melayu.



Walaupun pegawai Jakim meminta dia mengucap dengan mendengar dahulu kalimah syahadat yang diucapnya, namun pekerja terbabit langsung tidak dapat mengikutinya/memahaminya. 
Bila disebut /minta membaca surah Al-Fatihah, juga lelaki itu tidak memahami apa yang ditanya.



Adakah Islamnya dari mazhab lain?… Pun dia tidak tahu bila ditanya apakah mazhab dia… 
Pengakuannya sebagai Islam, sebenarnya amat diragukan.



Semua logo Halal di dalam restoran ini diminta ditanggalkan serta-merta.



Tindakan dilakukan di bawah Seksyen 15, Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksima sehingga RM250,000 jika sabit kesalahan.



Apa yang pasti, kerajaan seharusnya mempercepatkan pembentangan Akta Halal di parlimen dan menguatkuasakannya supaya perkara sebegini tidak menjadi mainan mereka yang hanya tau mengaut keuntungan.



Di sudut di mana makcik dan pakcik itu makan, mereka tetap berselera makan dan langsung tidak mengendahkan serbuan ini dilakukan, malah langsung tidak mempedulikan ketika logo-logo halal itu ditanggalkan dan tidak ada pula usaha untuk bertanya apa sebenarnya yang berlaku…



  
Note:
Di dalam Radio Sinar.fm pagi ini 4 mac, 2010, beritanya menyebut : 
Jakim menyerbu restoran menggunakan sijil halal palsu.
Radio Sinar.fm mengambil berita dari sumber Bernama.
Untuk rekod, Bernama tidak menyertai operasi ini, dan maklumat yang disiarkan itu adalah salah.
Restoran terbabit tidak menggunakan sijil halal palsu.
Ia menggunaka logo halal Jakim tanpa kebenaran. 

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...