Monday, November 8, 2010

Antara isteri dan ibu.....

Salam.....

Cerita ni saya dapat dari email yg di'forward'....
Tujuan ni adalah untuk peringatan buat kita semua dan jadikan ia sebagai ikhtibar...
Tidak ada niat selain daripada itu....
klik READ MORE utk bacaan cerita yang menyedihkan ini...



Jika di tanya antara emak & isteri, sebagai lelaki sudah tentunya kita akan lebih memilih ibu sebagai keutamaan namun tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri wajib dilaksanakan walaupun syurga dibawah tapak kaki ibu..

Saya tertarik soal ini kerana perkara ini pernah berlaku pada arwah ayah saya dahulu semasa awal perkahwinan dia dgn ibu saya, ayah tidak mendpt restu dari seluruh ahli keluarganya.  Namun dgn semangat dan azam serta doa dgn izin Allah, mereka selamat diijabkabulkan walaupun family ayah saya tidak menyukai ibu saya.

Ibu saya kacukan Cina + Pakistan.. namun ayah saya juga kacukan Melayu + Belanda.. tapi masing2 ada kedudukan sendiri..& waktu itu ibubapa kedua2 belah pihak saling bermusuhan dan saya tidak tahu kenapa.  Tapi demi semangat cinta ayah saya terhadap ibu saya maka lahirlah zuriat seramai 5 orang tapi dua darinya meninggal dunia.  Walaupun ibu
saya banyak terluka dgn sikap nenek serta ahli keluarga ayah, tapi dengan dorongan & semangat ayah terhadap ibu, ibu tabah menghadapi pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap ibu.  Namun begitu ayah tetap setia pada ibu.  Itulah dinamakan cinta sejati.

Ayah saya tidak pernah menderhakai nenek walaupun nenek sering menghina ibu, namun saya tetap bersyukur kerana ayah tidak pernah melenting atau memarahi ibu kerana ayah tahu ibu tidak begitu teruk perangainya seperti yang diwar2kan.  Ayah selalu memujuk nenek supaya tidak memarahi ibu dan berkata benda yang baik2 aje tapi nenek tetap tidak suka.  Kadang2 tu ibu selalu mengeluh serta tersentuh apabila ayah tak pernah memarahi nenek serta adik-beradiknya yang lain ketika ibu di lemparkan kata2 nista, ayah tetap berdiam diri dan memujuk ibu bersabar, ayah tetap tidak pernah meninggikan suara terhadap nenek. 


Ayah mempunyai 13 adik-beradik dan ayah merupakan anak kedua...walaupun ayah saya seorang yang pandai serta mempunyai pelajaran tinggi tetapi ayah lebih komited terhadap keluarga berbanding dgn abang adik beradiknya yg lain.. Ayah berusaha gigih menolong menaikkan taraf hidup nenek dan juga ibu... setiap kali nenek jatuh sakit, ayah cepat2 pergi melawatnya walaupun ketika itu ayah uzur... jarak rumah nenek dgn rumah ibu hanya 200 meter sahaja.

Sepanjang saya dilahirkan, tak pernah ayah memburukkan nenek serta adik-beradiknya.  Ayah lebih suka mendiamkan diri.  Ketika rezeki ayah datang mencurah2, ayah tak pernah melupakan nenek & adik-beradiknya.  Malah apapun yang nenek hendak, ayah akan turuti.  Itulah kasih sayang sorang anak terhadap ibunya.  Ayah bagi duit sama rata walaupun nenek seorang yg kaya kerana datuk saya seorang Arkitek.  Ayah selalu berterus terang jumlah duit yg telah dia serahkan kpd ibu & jumlah kepada nenek.. ayah tak pernah merahsiakannya...dari pengetahuan nenek mahupun ibu..

Tapi apabila ibu terasa seperti dipinggirkan, ayah akan cepat2 menghiburkan hati ibu...hari2 saya terdengar ayah membisikkan pada ibu bahawa dia menyintai ibu & tidak akan meninggalkan ibu walau apapun terjadi.. kadang2 saya lihat
ayah tak pernah memikirkan diri sendiri kerana asyik berkorban utk nenek & ibu... ayah tak pernah memikirkan kemewahan utk diri sendiri apatah lagi utk enjoy bersama rakan2nya..baginya.. selagi hayat dikandung badan.. jasa
terhadap org tua mesti diutamakan kerna dia tidak tahu bila dia akan di jemput tuhan...

Ayah seorang yg baik.. dia sering bertindak bijak sekiranya ada pertelingkahan yg berlaku... pernah disatu ketika sewaktu umur saya 11 tahun, nenek menyuruh ayah berkahwin dgn gadis pilihan nenek tapi ayah berterus terang bahawa dia tidak sanggup memikul bebanan & tidak sanggup menduakan isteri yang dikahwini dengan kasih sayang serta telah memberinya zuriat dan ayah takut dia akan berlaku tidak adil.  Oleh itu ayah tidak mahu di soal jawabkan ketika mati dan menanggung segala dosa.. kata ayah cukuplah kehidupan begini yg telah teruji..

Kata2 ayah membuatkan nenek mendiamkan diri... apa yg ayah mampu hanyalah memilih ibu sebagai teman hidupnya sehingga mati... ayah menolak dgn baik.  Namun alhamdulillah saya dikurniakan seorang ibu yg berjiwa kuat dan menerima dgn hati yg tabah..


Pada suatu hari dgn berkat doa ayah.. nenek berubah... nenek selalu bertandang kerumah kami.. namun disaat
kami ingin melihat kegembiraan yg hadir setelah 30 tahun di nantikan selama ini... ayah telah dijemput oleh Allah S.W.T... betapa sedihnya kami sekeluarga.. nenek pengsan beberapa kali setelah mendengarnya..manakala ibu
pula memelukku dgn erat dan menangis, pemergian ayah sempat ayah melafazkan 2 kalimah syahadah dgn wajah
tersenyum.. dan berseri2.. kemudian keluar buih2 halus dari mulutnya yang berbau kasturi.. sesiapa saja yang menziarahi arwah ayah pada ketika itu berasa amat terkejut…kerana melihat arwah ayah tersenyum seperti orang yang sedang tidur


ALHAMDULILLAH... PEMERGIANNYA SUNGGUH TENANG.. WALLAHUA'LAM...

Namun ibu benar2 seorang yg tabah.. dia menerima itu sebagai dugaan..sewaktu ayah dikafankan, wajahnya tenang... ibu banyak memujuk kami bersabar menerima dugaan itu.. setelah seminggu ayah dikebumikan, nenek pula meninggal dunia.. alangkah peritnya menerima dua kematian dalam waktu terdekat…tetapi ini semua adalah dugaan serta lumrah kehidupan.. mungkin kerana ayah bertindak adil..pemergiannya sungguh menyenangkan kerana dia tak pernah menderhakai ibunya... di harap saudara dpt sedikit sebanyak pengajarannya...

- AL-FATIHAH......... -


Wallahualam….yang buruk datang dari saya tapi yang baik semuanya datang dari ALLAH S.W.T.   

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...