Tuesday, November 30, 2010

ketidaksabaran menantikan novel 'Rayyan Fantasi' dari Ramlee Awang Murshid...

Petikan dibawah dicopy bulat2 dari http://www.kelabram.com/ . Ni novel terbaru dari Ramlee Awang Murshid......tajuk die Rayyan Fantasi....actually,yanie mmg pminat setia ramlee awang murshid ni...
sbb novel die bknnya cintan cintun,tp pnuh thriller and mendebarkan namun unsur2 agama tetap tidak dilupakan.....


Dari ehsan Alaf21, berikut adalah sinopsis Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid :


READ MORE dibwah blhla korang klik utk baca sinopsis Rayyan Fantasi ni....


Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-615-3

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Novel ini  akan berada di pasaran pada 4 Disember hanya di MPH Alamanda, Putrajaya. Manakala seluruh Malaysia hanya bermula 6 Disember 2010 ini. Kepada peminat setia, datanglah beramai-ramai ke MPH Alamanda 4 Disember untuk pelancaran novel dan sesi autograph dan menjadi antara pertama memiliki novel tersebut di Malaysia.



yanie = bestnye lau dpat g alamanda jmpe RAM...tp  apakan daya, sg petani dgn kl bkn dkat cm mktab dgn pt...sob2....xpe2...biar lmbat asalkan dapat baca!!

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...