korang baca sniri n nilaikan sapa yg betul n sapa yg asyk cetus kontroversi n provokasi.....
Isu Hentam Malaysia: Norman Kesal
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 12 SEPTMBER 2009: Sikap segelintir pihak termasuk artis Indonesia yang masih menghentam Malaysia tanpa usul-periksa selepas berlakunya salah faham terhadap promo Tarian Pendet (dari Bali, Indonesia) yang digunakan Discovery Channel untuk siri dokumentari Enigmatic Malaysia terbitan KRU Studios, dikesali oleh Norman Abdul Halim.
Perkara ini ditekankan sendiri oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim sewaktu diwawancara murai.com.my berhubung kenyataan aktres Aura Kasih, Dewi Sandra serta Dwiki Dharmawan dari kumpulan Karakatau yang memperkecilkan Malaysia tentang isu hangat itu.
"Pihak kami sudah pun menjelaskan tentang salah faham ini menerusi temuramah secara siaran langsung di TV One, Indonesia bersama Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Indonesia, Bapak Jero Wacik pada 24 Ogos lalu selain serta Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia pada 25 Ogos lalu.
"Bukan itu saja, pihak Discovery Channel telah pun memohon maaf sertaa mengeluarkan kenyataan media dan kekesalan mereka terhadap isu kesilapan itu. Malah, Kerajaan Malaysia pun turut campur tangan untuk menjernihkan semula kekeliruan yang timbul ini.
"Tetapi mengapa segelintir mereka itu masih terus mengecam Malaysia? Mengapa mereka mahu ambil kesempatan ini untuk bercakap yang bukan-bukan tentang negara kita? Kenyataan mereka bagi saya memang keterlaluan.
"Kalau mereka tidak hairan dengan kita, kita pun tidak hairan dengan mereka. Apa, mereka ingat kita ini haprak sangat? Apa yang sangat saya kesalkan sekali, pihak media di Indonesia langsung tidak jelaskan keadaan yang sebenar di sebalik kesilapan promo itu.
"Sebaliknya, mereka sengaja mahu menampakkan seolah-olah kita yang salah dalam hal ini dan bukan Discovery Channel. Sebab itu, banyak pihak di sana yang bagi kenyataan tidak wajar termasuklah segelintir artis Indonesia itu. Mereka hanya buat ulasan ikut apa yang media mereka di sana cakap," kata Norman dengan kesal.
Menurut Norman lagi, dia bagaimanapun mengerti dan faham bahawa tidak semua semua artis Indonesia yang mengeluarkan kenyataan melulu seperti itu.
"Bagi artis Indonesia yang sudah biasa datang ke Malaysia dan membuat persembahan di sini serta sudah banyak kali bekerja dengan kita, pandangan mereka mungkin agak berbeza. Mereka tahu apa yang berlaku itu adalah mainan daripada media di sana. Malah KRU sendiri banyak bekerjasama dengan Melly Goeslow dan kami mempunyai hubungan yang baik dengan ramai karyawan seni lain di Indonesia.
"Cuma yang saya kesal di sini mengapa perlu mereka kaitkan isu ini dengan perkara-perkara yang tidak perlu seperti lagu Negaraku, lagu Rasa Sayang, kain batik dan sebagainya? Malah, ada yang sampai sanggup bakar Jalur Gemilang dan mahu ganyang Malaysia.
"Mengapa sampai begitu sekali perbuatan mereka? Bukankah kita ini negara serantau dan perlu berbaik sangka? Apa yang mereka marah sangat dengan Malaysia? Adakah sebab negara kita ini lebih maju dan lebih makmur?
"Tapi saya harap sangatlah supaya jangan ada rakyat Malaysia yang bertindak melulu macam mereka kerana kita tidak perlu ikut cara mereka. Sentimen anti-Malaysia ini sebenarnya sudah wujud sejak dari dulu lagi, Jadi kita orang Malaysia kena bersikap lebih waras. Jangan menari ikut rentak palu mereka," katanya.
Visual Tarian Pendet bukan salah KRU tapi Discovery Channel
Sebelum ini kontroversi tentang isu Tarian Pandet ini mula tercetus selepas ia digunakan oleh Discovery Channel untuk mempromosikan siri dokumentari Enigmatic Malaysia terbitan KRU Studios. Pihak Discovery Channel telah diberikan hak penyiarannya kepada Discovery Channel di 21 buah negara.
Promo yang disunting oleh Discovery Networks Asia-Pacific itu telah menonjolkan Tarian Pendet (dari Bali, Indonesia) telah disalah-ertikan sebagai iklan mempromosi industri pelancongan Malaysia di peringkat antarabangsa. Visual Tarian Pendet ini telah diperoleh oleh mereka daripada pihak ketiga dan BUKAN dari pihak KRU Studios.
Berikutan itu, pihak KRU Studios telah mengeluarkan siaran media kepada seluruh media massa di Malaysia untuk menjelaskan kekeliruan ini tidak lama dulu.
Dalam siaran media itu, Norman sebagai dipetik berkata: "Pihak kami telah memaparkan sejenis tarian Jawa (bukan Tarian Pendet) di dalam salah satu siri dokumentari tersebut yang berjudul Batik. Segmen ini menceritakan asal-usul Batik yang dikatakan berasal dari kalangan keluarga diraja di Jawa beratus-ratus tahun dahulu sebelum melalui proses evolusi dan berubah menjadi Batik yang beridentitikan Malaysia.
"Sebagai menambah elemen kreatif, segmen ini telah dilakonkan semula dan turut menyelitkan tarian tersebut. Bagaimanapun, visual yang dipaparkan dalam promo terbitan Discovery Channel itu bukan dari visual arkib kami. Malah skop penceritaan juga adalah terjurus kepada pembuatan Batik dan bukannya tentang sebarang tarian," kata Norman.
Adalah difahamkan, pihak Discovery telah menamatkan siaran promo tersebut dan akan menggantikannya dengan promo yang baru sekaligus membuang visual penari Tarian Pendet yang telah mencetuskan kontroversi hangat itu.
Kata Norman, sekiranya perkara itu sensitif, kenapa ironiknya, salah satu episod dokumentari Enigmatic Malaysia berjudul Melakan Portuguese telah memenangi salah satu anugerah di Bali International Film Festival tahun lalu?
Siri dokumentari Enigmatic Malaysia kini disiarkan secara eksklusif di Discovery Channel dan turut memaparkan episod lain termasuk Keris - The Myth & The Magic, Bajau Laut - Nomad of The Sea, Kellie's Castle - Myth & The Mystery, Wau serta Melakan Portuguese.
p/s : kpda smua wrga malaysia yg disayangi, jgn rsau ngan smua provokasi neh.....stkat nk kecoh2 ktorg xheran pn....
No comments:
Post a Comment