Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyak
selagi tidak
masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan
kita melakukan
solat tepat pada waktunya.
Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang
pertama. Menurut
pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa
pukul 1.00 pagi
hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat
Isyak pada pukul 3.00
atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia
diibaratkan seperti solat
Subuh pada pukul 9.00 pagi.
Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika
seseorang itu melakukan solat
di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah.
Hukumnya adalah berdosa.
Sebagaimana firman-Nya
"Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman
dengan ketetapan
yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103)
Ingatan untuk diriku sendiri juga.....
No comments:
Post a Comment