Monday, September 28, 2009

Media Indonesia sentiasa cari peluang burukkan Malaysia (taken from Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Media Indonesia sentiasa mencari peluang untuk memburukkan Malaysia kerana ingin mendapatkan berita sensasi bagi melariskan akhbar mereka.
Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, tindakan kerajaan republik itu memberikan kebebasan kepada media menyebabkan syarikat-syarikat akhbar di negara itu bersaing untuk mendapatkan berita sensasi yang boleh menarik perhatian pembaca.


Klik READ MORE utk bacaan lebih lanjut...


Beliau berkata, keadaan ini mendorong akhbar-akhbar di sana menulis apa sahaja walaupun tanpa fakta yang sahih dan kesannya selepas itu.
"Apa yang disiarkan oleh media Indonesia ini kadang-kadang tidak ada fakta dan tidak dibuat pembetulan jika berlaku kesilapan.
"Jadi sekarang di Indonesia, masyarakat yang harus rasional apabila membaca berita tersebut kerana tidak semua yang dibaca itu boleh dijadikan panduan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA), Zulkepley Dahalan dalam Mingguan Malaysia hari ini yang menyatakan di sebalik pelbagai isu dan kisah penderaan amah yang dibesar-besarkan oleh media Indonesia dan asing, nampaknya tidak sedikitpun membantutkan niat ribuan wanita republik itu mencari rezeki di negara ini.
Zulkepley memberitahu, pada masa ini terdapat lebih 4,000 wanita Indonesia telah mendaftar dengan agensi-agensi pekerjaan negara mereka untuk mendapatkan peluang bekerja sebagai pembantu rumah di sini.
Katanya, ia sekali gus membuktikan provokasi media republik itu yang mencemarkan imej negara ini tidak menghalang rakyatnya mencari rezeki di sini.
Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin meminta rakyat negara ini agar tidak mempedulikan berita-berita sensasi yang dimainkan oleh media Indonesia.
"Media Indonesia tidak boleh dikawal selepas Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono mengotakan janjinya mahu memberi kebebasan akhbar bersuara apabila memenangi pilihan raya umum baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata, memandangkan isu penderaan pembantu rumah Indonesia sering disensasikan oleh media negara itu, maka perlu bagi kerajaan Malaysia untuk memastikan kebajikan pekerja republik itu terjamin bagi mengelak ketegangan hubungan antara kedua-dua negara.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah pula berpendapat, masalah pembantu rumah Indonesia tidak akan menjadi isu sekiranya majikan di negara ini menyahut seruan kerajaan agar membina pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.
Beliau berkata, tidak semua rakyat negara ini mampu mengupah pembantu rumah, apatah lagi apabila kerajaan Indonesia mencadangkan gaji minimum RM800 sebulan.
"Pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja boleh menyelesaikan masalah ini sekali gus mengurangkan pergantungan negara ini kepada pembantu rumah warga asing," katanya.
Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...