1st time buat...cheese dia agak berketul2,tp sedap je..kalau x sedap,takkan la my y0unger bro,apit sanggup bgun pukul 1pagi utk makan kek ni..keh3..padahal dia bangun sbb lapar sgt n kek 2 je yg ada..dh lapar mana la mata nak tutup..kn3.. :P
Sunday, December 30, 2012
My oreo cheesecake!
1st time buat...cheese dia agak berketul2,tp sedap je..kalau x sedap,takkan la my y0unger bro,apit sanggup bgun pukul 1pagi utk makan kek ni..keh3..padahal dia bangun sbb lapar sgt n kek 2 je yg ada..dh lapar mana la mata nak tutup..kn3.. :P
Saturday, December 29, 2012
Love this pic...
Itu muka saya bila merajuk..And apis cuba tiru gaya saya merajuk...okay fine,sebenarnya kalau merajuk yg real,mulut tu lagi juih ke depan...and in reality muka saya sangat la huduh bila merajuk...mak n abah ckp mcm mulut itik...apis cakap boleh sangkut hanger...
apa2 pun, dengan mulut itik ni la, saya berjaya memujuk mak n abah beli hp 3g pertama sy, Sony Ericsson K660i pada tahun 2009...hahaha...power x power buat mulut itik ni...
I present my 1st 3g hp - Sony Ericsson K660i
So, adik2, kalau nk pujuk mak abah untuk beli hp mahal, sila buat mulut itik ni..(^_^)..Tapi,kena tahan telinga slama sebulan la,sebab kena kutuk akibat kehodohan yang sangat nyata bila buat muka itik ni... :)
p/s : kalau buat mulut itik ni utk mtk Honda Jazz agak2 dpt x?? :P
p/s : kalau buat mulut itik ni utk mtk Honda Jazz agak2 dpt x?? :P
Thursday, December 27, 2012
Serpihan...
Langit pagi terlihat gelap,
Hampa tak bewarna,
Sekejap rasaku telah hilang,
Terbawa angin yang berhembus,
Yang tinggal hanyalah kesuraman...
Malaikat pun tertawa,
Melihatku yang kini hanya bisa terdiam,
Mimpi2 yang indah,
Kini hanya mimpi kosong yang terasa hampa...
Terlalu tinggi khayalanku,
Terlalu besar anganku,
Namun jawapan itu tak kunjung datang,
Langit pun tak terlihat lagi,
Semua kebiruannya tertutupkan kabus...
Untuk apa berlari dalam kelam?
Sedangkan kabus pun tak mampu mengelak....
p/s : love doesn't make the world go round,
love is what makes the ride worthwhile...
@ cameron with classmates... :)
Lunche0n!
Monday, December 24, 2012
View dari rumah Pak Tam
Locati0n : Apartment Lumayan @ Cheras..
Bila tumpang tido sini,tepat pukul 12 mesti tercangak tepi tingkap. Motif? Nak tengok sama ada bahagian kanan atau kiri KLCC yang akan tutup lampu dulu.. Tapi, pukul 1 pagi pun tak tutup2 lagi.. At last, tido cam tu je la.. Tah pukul brapa lampu KLCC tu tutup.. Sob3..
New one!
Thursday, December 20, 2012
Mata sape lg bsar?
Strawberry kembar..
Hadiah dari penjual di Kea Farm tmpat mak beli rock mel0n byk2..
Tempat tu je jual 3 biji rm10,yg lain smua jual sekilo rm7..
Tapi..kt jepun,buah rock mel0n ni dijual dgn hrga rm132 sekilo!fuyo0...
Giant size!
Hanya di The Windmill Station,
Melaka...
Yummehhh!!!!!!
P/s:minuman ni dikongsi bersama....kalau x mmg xhabis...besau sangat2....
♥♡♥♡♥♡♥♡♥
Tuesday, November 20, 2012
Sambal Iblis...LOL!
Nampak??? Meh nak zoom lagi...
LOL...lain kali kena check ejaan betul2...kan dh bawak maksud lain..keh3...
Friday, September 14, 2012
Patience
"Patience is not the ability to wait, but the ability to keep a good attitude while waiting".
“Haruslah engkau bersabar! Dan ketahuilah, bahwa sabar itu dua. Yang satu lebih utama dari yang lain: sabar pada waktu musibah itu baik. Dan yang lebih baik daripadanya lagi, ialahsabar (menahan diri) dari yang diharamkan Allah Ta’ala. Dan ketahuilah, bahwa sabar itu yang memiliki iman. Yang demikian itu, adalah bahwa takwa itu kebajikan yang utama. Dan takwa itu dengan sabar”.
Surah al-Baqarah ayat 153 yang meminta umat Islam untuk bersabar dengan cabaran yang dilalui. Ya, sesungguhnya aku tengah bersabar. Untuk seseorang yang dah aku anggap seperti adik aku sendiri (atau hanya aku yang menganggap seperti itu), sungguh aku terasa dengan perbuatan kau.
Betul cakap mak, baik biar bertempat. Jangan sampai kepala dipijak. Pepatah Apis lagi hebat, kawan tu umpama setan. Itu pepatah untuk kawan, bukan sahabat ye :) Kawan dan sahabat itu jelas berbeza.
Tak ape lah. Aku cuma tinggal 56 hari lagi bergelar pelajar di sini. Lepas ni kau akan terus di sini beberapa tahun lagi tanpa perlu melihat aku. Hidup la kau baik2. Aku rasa aku dah cukup mengajar kau tentang kehidupan dekat sini. Yup, semua tu atas tanggungjawab yang aku rasa sbagai seorang kakak. Cukup. Tamat.
Fahamilah yang entry ni bersifat emosional, dibuat dengan hati yang sakit. Mungkin waktu ni aku x berfikir dengan rasional. Sampai masa bila otak dah berfikir dengan rasional, mungkin entry ini akan di-delete. Atau mungkin di edit. Maaf kalau ada yang terasa. Macam aku cakap dlm entry sebelum ni, entry seperti ni wujud pun sebab aku terasa. Sekian.
Sunday, September 2, 2012
Nak membalas jugak...untung laa sape jadi cikgu...
Assalamualaikum....
Sehari dua ni, rasanya panas jap cikgu-cikgi dengan blog
ahkak Liyana Adnan neh...masing2 nak tulis dlm blog masing2,kononnya nk bg
ucapan kt ahkak Liyana neh..waahhh..mcm ucapan raya Salam di Perantauan
pulak...eh3...sape ahkak Liyana neh??Miss Engineer kau...jauh lg hebat dari
cikgu...cikgu ni cuma mampu dibandingkan dengan operator kilang jer....nak
banding dgn engineer ni,jauh panggang dari api...bak kata ahkak Liyana ni
--> "aku banding dengan operator ok bukan dengan engineer
mahupun manager... yang pergi gelap balik pun bergelap jugak." Kita
cikgu2 balik pukul 2 petang..klien cikgu2 ni sikit je,ade la 40 org nk kena
handle dlm satu2 masa...mana la mampu dibandingkan dengan ahkak Liyana yang
pergi bergelap balik pun bergelap...sob3...
Ahkak Liyana ni pun anti cikgu2 yang hapdet blog,buat bisnes
jual menjual --> "cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual
barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and
yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen
sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah,
kenapa tak nak bagi all out?". Aik..tadi kata cikgu ada byk masa free,keje
separuh hari. Salah ke cikgu-cikgi nak hapdet blog segala bagai kalau dah kata
life cikgu ni free?Lain la kalau tgah mengajar tu blh hapdet blog,mmg bongok la
cikgu tu...Jap2..ahkak Liyana kita ni yang pergi bergelap balik bergelap ada
pulak masa nak hapdet blog????Jeng3.......
Memandangkan ahkak Liyana ni da femes,saya yang kurang pemes
ni nak bg cadangan....
1) Lepas meletop2 dgn hanya 1 post, apa kata ahkak bukak
Facebook Fanpage?? Konpem ramai peminat LIKE and COMMENT...pastu semua peminat
serang menyerang,balas membalas serangan bak ottomen lawan godzila...Kelas kau
jah!
2) Selepas kejayaan post 'Untung laa sape jadi cikgu', apa
kata akak teruskan karier blogger akak dgn menulis entry2 berkaitan pekerjaan,
contohnya Untung laa sape jadi doktor, Untung laa sape jadi nurse, Untungla
sape jadi polis, Untung laa sape jadi peguam dan byk2 lagi pekerjaan la...pastu
blh publish buku 'Untung laa' pulak...waaa,feeling bisnes gitu..I kan
cikgu...keh3...
3) Ahkak dah buat keputusan yg salah dengan ttup blog ahkak
yg tgah pemes ni...sepatutnya time2 cam ni la kita nak amek kesempatan dengan
Nuffnang ke, Churp Churp ke...Ahkak,blog saya da wujud sejak November 2007 ag,
tapi x penah sekali pun saya cash out Nuffnang...password pun ingt2
lupa...sedih kan???sob3....
p/s : sy x anti engineer...kwn2 sy byk je engineer...sy cuma
x suka org perlekehkan profesion sy...sy tau sy blum ckup bagus nak jd cikgu yg
all out but i'm working on it...sorry la kalau ada yg terasa...entry ni dibuat
pn sbb sy terasa... ;)
Wednesday, August 29, 2012
Wordless Wednesday - Raya Kami!
Tema raya kami : Emerald Green...Selamat Hari Raya!!
Keep Calm and Chill..
Assalamualaikum...
"You don't love someone because they're perfect, you love them in spite of the fact that they're not."
- Jodi Picoult, My Sister's Keeper
Satu jam setengah. That's the duration of our discussion. Penat, ya cukup memenatkan. Banyak benda yang diluahkan, banyak jugak hal yang diungkit. Tension, stress, pening kepala. All in one. Serba cukup. Kalau ramuan kuih raya ni confirm sedap...
But, at the end of the discussion, we manage to know each other very well. Humans did change, so do we. And this discussion really help us to act and serve better through the changes. You know me more, and so do I. Pheww! Sungguh, lega rasa didada, lapang rasanya difikiran.
For him, thank you so much. I tend to be more confident on my own way to survive. I'll try to keep on my promise, and stay strong together. Oh, rupanya saya seorang yang pendendam. Menakutkan betul. :) That the strength of the heart-to-heart discussion. You get to know things that you will never discover by your own self.
We are together for 2 years, 4 months, 1 week and 5 days. More years to come and we are hoping the word 'FOREVER' to keep staying with us. InsyaALLAH...
Thank you... :)
Sunday, August 26, 2012
Senyuman Dalam Keterpaksaan
pic taken at Malacca River Cruise....
Smile always... ;)
pic courtesy to : lembaran aksara kecil
p/s : lepas raya ni ramai yg berkahwin & bertunang, tu yang kena banyak sabar sket...keh3..... (^_^)V
Thursday, August 2, 2012
Untuk Awak...
The only reason why I want to make it fast.....
Moga ALLAH SWT permudahkan....
InsyaALLAH.... :)
Thursday, July 26, 2012
Praktikum + Internship
Assalamualaikum....
And another few things yang berlaku sepanjang praktikum :
Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-
TORA DATANG LAGI!!! After few months of silence, now I try to write again on my blog...Yeah, berbulan-bulan tertangguh... Banyak benda nak story & share, tapi faktor kelembapan internet dan kelembapan otak untuk memerah idea menyebabkan perkara ini sering kali tertunda-tunda...So malam ni Yanie try menulis balik sambil sebelah tangan menekan keyboard & sebelah lagi sibuk menahan hembusan-hembusan cecair yang keluar dari hidung... #Haaaaaachhooommmm!!!!
Actually, nak tulis post kali ni pun macam confuse, nak cerita pasal apa ea??yang mana 1 nak story neh??? So sebelum mata tertutup akibat trakea telah menelan ubat selsema yang comel, lebih baik Yanie main taip je apa2 benda yang muncul dalam kepala...Jadi, edisi Post Marathon bermula sekarang!!!!
1) PRAKTIKUM
Actually Yanie pnya praktikum dah lama habes...Starting from Jan 2012 to the end of April (if I not mistaken)... During that time, memang hati berkobar-kobar nak tulis macam-macam cite kat blog, tapi faktor masa menjadi penghalang... Tau apa yang best praktikum kali neh?? Boleh kata tiap2 minggu dapat cupcake dari student... Hohoho.... And seriously, I gained some weight during my practicum... Orang lain bukan main turun berat disebabkan bebanan kerja yang melampau, tapi Yanie naik berat disebabkan lambakan kek yang melampau2...homaiii....
hahaha....ni baru sikit....banyak lagi jenis kek tapi x tertangkap masuk dalam kamera...
And another few things yang berlaku sepanjang praktikum :
merentas desa
pertandingan bola jaring
persediaan tempat utk pertandingan bercerita
mural
perhimpunan hari Ahad...suka tgk telatah cikgu & murid2.. :)
And hari last praktikum ni, macam biasa la...got lot of presents.. Rasanya yang terbanyak setakat 3 kali praktikum ni.... Walaupun kalau korang tgk macam "ek eleh...banyak tu je??" tapi bagi Yanie ni pun da cukup banyak... Tak sangka jugak sebab Yanie ni garang dengan budak2...
Walau macam mana pun..hadiah buku ni yang paling Yanie suka... Bagus untuk buat preparation... Well, at the age of 23, sape yang x pke pasal kawen kan??? ^^
And in return, Yanie buat dadih ni khas untuk budak2 yang Yanie ajar...
gonna miss this moment... ;)
2) INTERNSHIP
Internship ni adalah program sebulan kita ke sekolah untuk melaksanakan program-program yang berkaitan pelajar plus mengumpul data bagi thesis atau kajian tindakan yang kita jalankan. Antara program yang Yanie jalankan adalah :
Math Corner - detail will be in the next post.. Promise! ^^
Bengkel EQ
The most happening event yang Yanie dah lama tunggu adalah hari sukan.. Dari 1st praktikum lg Yanie tggu tapi x dapat... Sebab sekolah 1st cuma sebulan, jadi x sempat.. Sekolah yang kedua pulak takde padang... Datang je sini terus sambut hari sukan 2 hari berturut2.... tu x termasuk saingan & raptai lagi... Hamek kau... tapi memang terbaik la!!
tengah buat sesungut rama2....ada model kejap...comey kan?? ^^
topi pinjam...sekian.. :)
ni Adib..darjah 2...puas pujuk baru nak jadi anak rama2..tu pun lepas cikgu lain sogok pitih 5 riya...
Istana rumah biru..seminggu Yanie siapkan benda ni... :(
Model x dijemput...
my masterpiece...dari sayap rama2, mekap, sesungut n semua la Yani yang buat...
Ni Nur Aina Shahira... 'kawan' Cikgu Yanie yang paling rapat....rindu kat Aina... :(
Rasanya cukup sampai sini dulu kot memandang mata dah mula menunjukkan reaksi hasil tindak balas ubat selsema...Akhirnya ada jugak post berjaya dibuat setelah berbulan2...syabas bethe syabas!!! Oh ya, doakan Yanie cepat sembuh ya! Tak tahan dah rasa hingus asyik meleleh2 je... Tapi takpe, sakit itu penawar dosa kecil kan?? InsyaALLAH... Tido dulu kawan2... ASSALAMUALAIKUM.... :)
p/s : rindu nak g SK Bachok lagi... ;) rindu Aina.... ;(
Subscribe to:
Posts (Atom)