Friday, November 6, 2009

Manohara kalah kes saman fitnah RM105 juta....Padan muka....ngee... =]

Taken from Utusan Malaysia......Renung2kn n slmt beramal.... =]

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina.

Putera ketiga Sultan Kelantan itu berjaya dalam tuntutan tersebut setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara dan Daisy yang gagal melantik peguam baru.

Dengan perintah yang dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff itu bermakna Manohara dan ibunya yang dinamakan sebagai defendan perlu membayar ganti rugi kepada Tengku Muhammad Fakhry selaku plaintif.

Bagaimanapun peguam plaintif, Mohd. Haaziq Pillay ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan, jumlah ganti rugi akan ditaksirkan oleh mahkamah kemudian.

Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif jika defendan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.

Perintah penghakiman tersebut dikeluarkan setelah mahkamah memberi tempoh sehingga hari ini untuk Manohara dan ibunya melantik peguam baru selepas firma guaman terdahulu menarik diri daripada mewakili mereka.

Firma guaman Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates mengemukakan permohonan menarik diri daripada menjadi peguam cara mereka pada 25 September dan ia dibenarkan oleh mahkamah pada 12 Oktober lalu.

Tindakan tersebut diambil oleh firma guaman tempatan itu setelah Manohara dan ibunya tidak memberikan kerjasama sehingga menyukarkan proses menyediakan pembelaan.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, dan Manohara, 17, yang juga model Indonesia, berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

Selepas sembilan bulan bernikah, Manohara pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya pada 31 Mei lalu.

Menurut Mohd. Haaziq, sejak plaintif memfailkan saman pada 20 Julai lalu, kes terhadap Manohara telah disebut sebanyak empat kali, namun defendan tidak pernah hadir.

Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan tuntutan sivil itu setelah mendakwa defendan memfitnahnya dalam sidang akhbar pada April dan Jun lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual pada sidang akhbar itu.

Dakwa beliau lagi, pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Mohd. Haaziq turut memberitahu, berapa pun jumlah ganti rugi yang bakal ditaksir oleh mahkamah, ia tidak dapat mengembalikan semula reputasi anak guamnya.

Menurut peguam itu, anak guamnya telah difitnah dengan pelbagai tohmahan seperti merogol dan mencederakan Manohara serta digambarkan seorang yang ganas.

Justeru itu, Mohd. Haaziq menyatakan, defendan sepatutnya hadir ke mahkamah dengan bukti dan keterangan tetapi bukan sahaja gagal berbuat demikian malahan tidak melantik peguam baru.

Selain tuntutan sivil, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan pada 4 Julai lalu terhadap isterinya itu.

Tengku Muhammad Fakhry menuntut agar Manohara kembali taat kepada beliau dan menyerahkan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM1,112,250.

Pada 3 November lalu, peguam syarie, Mohd. Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie turut menarik diri daripada mewakili Manohara dalam kes syariah tersebut.

Hakim Syarie, Mohd. Yusof Awang menetapkan 8 November dan 20 Disember ini untuk mendengar kedua-dua tuntutan saman Tengku Muhammad Fakhry.
Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...