Wednesday, November 25, 2009

21 Disember 2012 bukan tarikh Kiamat

post ini telah sy copy dri link ini....klik sini

Walaupun 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat, bertepatan dengan hadis kiamat yang disebut nabi saw, pada saya ia tetap bukan insiden kiamat seperti yang kita faham, Imam Malik menukilkan hadis Rasulullah dalam kitab al Muwatta;
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”.
Dalam hadith, dikatakan kiamat jatuh pada hari Jumaat. Dari Abu Hurairah radiyaLLahu anhu bahawa RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti ) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adlaah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu ini pula dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).
Enigma 2012 yang menghantui kita pada hari ini hanyalah gambaran kiamat Roland Emmerich pengarah bencana #1. Dia sudah menghasilkan filem blokbuster The Day After Tomorrow dan The Independence Day, juga Godzilla. 2012 adalah sebuah karya mega dengan tema kemusnahan dunia, dicipta dengan sentuhan teknologi IT -3D Digital plus, superimpose dan animasi maya yang fantastik; Pada asalnya fenomena 2012 hanya dibicarakan dalam lingkungan yang terhad, oleh komuniti ‘New Agers’ dan penggemar misteri dunia, melalui buku misteri dan sains fiksyen, serta dalam laman sesawang mereka, semuanya ini dibicarakan dan berlaku sejak awal tahun 80-an lagi. Namun semakin angka ini mendekat semakin ia disensasikan. Tanpa sedar minda kita seolah-olah sedang dipersiapkan menyongsong kehadiran petaka dunia yang dahsyat. Kita semacam terpaksa menerimanya, orang awam didesak untuk mempercayainya, orang bijak pandai diheret untuk membicarakannya; 2012 mula dibicarakan oleh khalayak. Kini ia sudah menjadi fenomena sejagat.
21 Disember 2012 yang dikenal kini sebagai tahun petaka, berasal dari pengiraan kalender kaum Maya yang digelar Long Count Calender. Long Count Calender sebenarnya sebuah papan batu unik yang digelar Aztec Stone, diiktiraf sebagai khazanah inskripsi purba kaum Maya. Dari situ ia dinyahkodkan dan berkembang menjadi ramalan; dan akhirnya menjadi sebuah kepercayaan bahawa pada 21 Disember 2012 itu adalah – end of the day – sebuah pengakhiran dunia. Itu jangkaan dan ramalan komuniti New Age dan pengemar misteri dunia. Dan kini ia sudah dikongsi oleh penduduk dunia. Penganut Kristian seolah-olah percaya dengan ramalan ini dan ia menyamai dengan ritual Rapture.

Memang ada hujah sains di sebalik fenomena 2012, pada tarikh itu berlakunya jajaran galaktik di mana solar system kita – matahari, bumi dan bulan bersama planet lain akan berada pada garisan ‘Galaktik Beam’ yang merupakan titik pusat galaksi. Fenomena ini berlaku setiap 5,125 tahun sekali. Kini ramai saintis percaya akan berlaku aktiviti kosmik yang tidak dijangka yang mampu mengakibtakan ketidakstabilan arus gelombang solar. Arus gelombang inilah yang ditakuti oleh para saintis kerana ia mampu mengganggu aliran magnetic bumi. Fenomena ini yang disebut sebagai petaka 2012 oleh komuniti ‘New Age’ dan berakhirnya era oleh kaum Maya. Kini kajian demi kajian saintis dibuat, mereka berusaha mengesahkan fenomena ini – fenomena yang telah ditemui oleh Kaum Maya lebih beribu tahun dahulu. Saintis dan para pengkaji moden mengesahkan fenomena ini termasuk Issac Newton. Persoalannya bagaimana kaum Maya mampu membuat pengiraan ini dengan tepat dalam pada sekitar 500 – 1,5000 tahun SM.
Seorang sejarahwan Amerika, Dr. Jose Arguelles mengabdikan dirinya untuk meneliti peradaban kaum Maya. Secara garis besar menggambarkan putaran fenomena ini adalah hukum langit dan hubungannya dengan perubahan manusia. Dalam karya Arguelles, The Mayan Factor: Path Beyong Technology yang diterbitkan oleh Bear & Company pada 1973, disebutkan dalam inskrispsi Maya tercatat bahwa sistem galaksi kita sedang mengalami ‘The Great Cycle’ yang berlaku dalam tempoh lima ribu dua ratus tahun lebih. Waktunya dari 3113 SM sampai 2012 M. Dalam kitaran ini, system suria dan bumi sedang bergerak melintasi sebuah sinar galaksi (Galatic Beam) yang berasal dari pusat galaksi. Diameter sinar secara horizontal ini ialah 5125 tahun bumi. Dengan kata lain, kalau bumi melintasi sinar ini akan memakan waktu 5125 tahun lamanya.

Orang Maya percaya bahwa proses ini akan mengakibatkan perubahan secara total – perubahan emosi dan spiritual manusia, orang Maya menyebutnya, penyelarasan galaksi (Galatic Synchronization). Pada 21 Desember 2012 akan menjadi hari berakhirnya peradaban umat manusia. Pada hari itu, tepatnya musim dingin tiba, matahari akan bergabung lagi dengan titik silang yang terbentuk akibat ekliptika (jalan matahari) dengan ekuator secara total. Saat itulah, matahari tepat berada di tengah-tengah sela sistem galaksi, atau dengan kata lain galaksi terletak di atas bumi, bagaikan membuka sebuah “Pintu Langit” saja bagi umat manusia.
Bagaimana dan dari mana kaum Maya berupaya menjangkakan fenomena galakatik ini menjadi satu tanda tanya. Saya tulis dalam buku 2012 : Di Ambang Amargeddon perincian pengiraan kalender kaum Maya dan ramalan kaum Maya, Hopi, I-Ching dan Nostradamus. Juga hujah sains dan hadis nabi saw. Buku 2012 akan menjadi karya ke-2 saya selepas Membongkar Misteri Dajjal. Karya berat yang menyeronokkan untuk dibaca. Kita sebenarnya sedang mengarah ke alam dunia baru. Tarikh tepat karya ini akan terbit masih dalam jadual dan perkiraan penerbit. Tulisan ini pun belum sempurna semuanya 70% dalam pembikinan. Saya harus mengolah lagi agar kena dengan tema penulisan saya – megajak manusia dekat dengan Allah.
Buku 2012 tidak ditulis untuk menyamai karya filem Roland Emmerich atau memenuhi selera pasaran, saya tulis sebagai obligasi menjelaskan fitnah Akhir Zaman, justeru temanya lebih luas ada kisah Amargeddon, kemunculan Imam Mahdi serta insiden akhir zaman yang belum pernah dibicarakan secara tuntas. Saya tidak perlu tergesa untuk menerbitkannya banyak lagi makna dan maksud yang perlu dihuraikan.

Sumber: Tulisan ini hasil petikan dari buku 2012 : Di Ambang Amargeddon dan petikan dari artikel di laman Qitori dan juga Langit Selatan.
Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...