Monday, August 10, 2009

Kesilapan / Ketidaksempurnaan dalam Ibadat & Amalan

petikan di bawah ini dipetik drpd email yg dihantar oleh my beloved aunt....
bacalah kwn2....jgn krana bnda yg kecil pn nti amalan kta xsah......

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati
dan
kagumi ialah Dato’ Ismail Kamus...tak pernah jemu mendengar ceramah
beliau..berikut adalah bhgian ke-3 himpunan kesilapan/
ketidaksempurnaan
dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:
1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak

makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa
penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih utama utk
kita
bukak puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan jemputan
itu
lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak
puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja...hukum
solat,
puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau
ikut
cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul

(menyeluruh) .
3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan
Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar…kadang2
sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya
kerana
mengganggu orang tidur! Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin
ada
orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula
selepas
bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan

dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca

sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat
pahala,
rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2,

tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran

sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung??
Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum

azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2
utk
ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah
disediakan,
makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang
nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru
sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..
5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat
jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg
tugasnya
khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja..
pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan
dengan
niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam

hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab
panjang
sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah
bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi
Allah,
tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali
kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi
takbir
pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir
kedua
itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang
terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi
kesimpulannya,
make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada

takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan...
6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa

dengan “Hamdan hamidin“, “Hamdan zakirin“, atau “Hamdan
syakirin“..
Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini
kerana
terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan
tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini:
“Hamdal-hamidin“, “
Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin“. (p/s: huruf z adalah
huruf zal)
7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah
ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut,

dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak
ditekankan
di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki
mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah
tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan

ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu
perhatikan, ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby
siap2
dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat
akhir..itu
pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita
anggap
remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..
8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke
rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita
selalu
mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau

menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan
mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..
9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,
contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah
kita
solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak
payah
nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape
la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat,
menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2
sunat..lebih2
lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang
camni..
10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita
kena
pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi

haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos
perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit
tu
utk bantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..
11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah,
kita
kena tangguhkan sembahyang tu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih

utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat
ba’diah
tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan

tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba’diah.. dan jika
dah
tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat
asar..walaupun
selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat

ba’diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi...tapi
itu
pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak
boleh..
Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai
menyusun
keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal
mengutamakn yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja,
malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak
dihebohkannya menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renungkanlah. .

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...