Wednesday, July 7, 2010

Demam denggi - Jus buah betik...


Pengalaman seorang wanita…….

Saya dah alami demam denggi nie. Terus masuk ICU.Hari ke3, dokter dah bg tau hubby harapan saya 50/50. Klu x blh, memang dah xde harapan.
Klik READ MORE utk bacaan lebih lanjut...



Sebelum maghrib mak n abah datang bawa air perahan pucuk betik tu. Dokter suruh bagi minum cepat sebab jap lg nak masuk kan patlet. Masa tu patlet on the way dr HKL.  Klu x silap 1/2 jam lepas tu bekalan patlet sampai.

Ingat lagi, ketika azan maghrib berkumandang, ( zikir di hati je, sbb dah separuh sedar) dokter panic. Masuk beg patlet ketiga, badan dak tak boleh terima.Mak n abah dah mula menangis. Hubby cuma mampu dok atas tikar sembahyang berdoa. Adik misi yg jaga tu, tak putus baca syahadah kat telinga saya. hu hu hu...sedih tul masa tu. Rasa cam nak pergi dah....

Hingga masuk waktu isyak, barulah beg patlet darah yg ketiga tu boleh masuk semula. Syukur alhamdullillah.
Hinggalah malam tu saja saya terima 6 beg patlet darah. Badan masa tu tak rasa apa dah. Airmata je mengalir bila hubby, mak and abah cium muka bertalu2.

Dokter senyum puas dpt lihat saya sedar semula. Dokter bisikkan saya, "syukur awak ada hubby, family and jiran tetangga yg bacakan YASSIN buat saya selepas maghrib tu. Allah sedang uji hambaNYA".
Subhanallah.

Keesokkan hari saya dah segar sikit. Dokter suka sgt. Keluar dr bilik ICU, saya dimasukkan ke VIP room (chrgs room biasa..rezeki he he he). Dokter nak bg family happy. Masa nie patlet darah terus naik dari bacaan 8 (pd ari smlm) ke 12...hinggalah petang tu naik lg ke 15. Alhamdullilah.

(Jumlah keseluruhan saya masuk patlet darah - 12 beg....ish ish...darah sape yea. time kasih bebanyak. Hanya Allah saje yg mampu membalas nye.)

So, tu lah crite saya. Tak tau lah dri jus pusuk betik ke @ doa hubby, mak, abah @ doa dan bacaan yassin jiran tetangga @ memang Allah sedang uji saya...saya syukur saya masih ada di sini untuk crita kan pengalam saya.

Klu nak saya bg resepi mak saya tuk hasilkan jus pucuk betik tu..

Pucuk Betik - 3 - 5 lembar dauk yg pucuk sekali.
Garam kasar    seketul (kecik je)
Ditumbuk kemudian campukan dgn air 1/2 cwn.
Perahkan. Pekat sgt2 n memang pahit.

Xpe...nak buang penyakit, pahit pun sangup.


Norzian Abd Rahman
My YM : xeaan69




jom kita kongsi ilmu ni..........

____________ _________ _________ _________ _

Saya di sini ada satu petua untuk demam denggi juga (Petua ini diberikan kepada ibu saya oleh kawannya semasa ibu saya kena demam denggi beberapa tahun yang lalu).

*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu. (Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air yang pahit).*

Saya sendiri, ibu dan adik saya pernah mencuba jus daun betik ini semasa kena demam denggi. Kami bertiga sembuh tanpa perlu masuk wad. Selepas minum jus daun betik itu, demam, sakit tulang dan sakit bebola mata reda dengan cepat dan bilangan platlet naik semula dengan cepat. Tetapi, walaupun demam sudah reda, saya dan adik saya masih mengalami gejala-gejala deman denggi seperti "cramp" perut dan timbul bintik-bintik merah. Saya pergi membuat ujian darah di klinik kerana bintik-bintik merah penuh pada kedua-dua kaki. Doktor kata ia adalah demam denggi kerana bintik-bintik merah itu timbul akibat bebuluh darah pecah. Tetapi, keputusan ujian darah menunjukkan bilangan platlet berada pada paras normal. Jadi saya tidak perlu masuk wad.


Petua ini saya ada "pass" kepada rakan-rakan kenalan saya yang kena demam denggi.  Terdapat seorang pesakit yang berumur 50-an kena demam denggi dan telah berada di hospital selama beberapa hari tetapi paras platlet masih berada pada paras bahaya. Selepas minum jus daun betik ini, dia dibenarkan keluar hospital keesokan harinya kerana platlet sudah kembali ke paras normal.

Petua ini sudah lama diamalkan dan ramai pernah mencubanya menyebarkan petua ini di internet. Tetapi, perlu diingatkan bahawa setahu saya belum ada kajian saintifik mengenai jus daun betik dalam menyembuhkan penyakit demam denggi. Kesan sampingannya atau kemungkinan menyebabkan alergi pada sesetengah orang juga tidak diketahui. Oleh itu, percaya atau tidak petua ini dan kemungkinan risiko yang ada adalah keputusan dan tanggungan pesakit sendiri. Tetapi setakat ini, tiada kesan sampingan pada ahli-ahli keluarga saya dan kenalan-kenalan saya yang pernah mencuba petua ini.



Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

2 comments:

Khairieah said...

terima kasih sangat2 atas entri ni..
anak buah saya sedang dlm Critical Care Unit krn menghidap denggi.
petang ni akan cuba petua ni..
semoga Allah merahmati kamu..

- HaRYaNi - said...

saya pun cuma copy paste je kak...
sy doakan anak akak selamat...
insyaALLAH... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...