Wednesday, March 10, 2010

Hukum Berinai Dalam Islam...

Gambar contoh
Sumber : www.henna4u.co.uk

baru2 ni....saya terbaca kemusykilan mengenai adat berinai dlm masyarakat melayu...
ada yg kata berinai itu harus namun ble inai dilukis bermacam2 btk,ia sudah menjadi haram kerana menyerupai tatu wlaupun tidak kekal....
pengalaman yanie ketika tingkatan 3,yanie prnah dimarahi cikgu bm kerana melukis inai beramai2...katanya melukis inai ini haram tetapi pemakaian inai di kuku dan hjung jari adalah harus....
jadi yanie petik beberapa artikel mengenai pemakaian inai dri beberapa blog...


Berdasarkan bacaan saya (yang belum menyeluruh), saya boleh kongsikan beberapa perkara:

  • Hukum memakai inai bagi wanita

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab:“Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).

  • Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki

Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’

Namun,

terdapat riwayat menyatakan :

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: “Kenapa dia tidak dibunuh?”Lalu baginda S.A.W bersabda: “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.” (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)

  • Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin.

Ada banyak pendapat.

Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah. Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya, dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.

Ada berpendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.

Mazhab Hanbali
berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie
pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) padamana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggotakerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Wallahualam.

Bagi pendapat dan kefahaman saya :
Sekiranya dengan melakukannya akan menimbulkan kecurigaan dan pertikaian, apalah salahnya ditinggalkan sahaja. Ia tidak lebih dari sekadar adat. Memadai dengan berinai pada hujung jari. Sebab ianya diharuskan dan tidak ada pertikaian tentang jatuh ke hukum haram.

Senang lah bukan? Jangan pening kepala cuba membolehkan perkara-perkara yang jelas ada pertikaian. Lebih-lebih lagi kepada perkara yang tiada tuntutannya dalam Islam. Take it easy :)

Cuma untuk berkahwin. Bukan dalam kes darurat. Jangan berjuang mati-matian sangat dalam urusan inai. Tapi mengkaji dan belajar itu lebih baik.

Rujukan.

  1. Mesra Forum
  2. Al Fikrah
  3. Halaqah

_______________________________________

dalam erti kata lain :

Hukum asalnya harus iaitu hanya dihujung jari namun hukum berubah kerana caranya juga berubah.Ia bermula harus namun apabila berdasarkan sirah (sejarah) parasa sahabat.menginaikan janggut dan rambut semasa peperangan sebagai tanda kebenarian maka ia berubah menjadi sunnah.Namun apabila inai itu dicorak atau diukir maka ia berubah menjadi haram kerana ia menyerupai tatoo malah inai berukir ini berasal dr agama lain.Sabda Baginda : Janganlah kamu menyerupai sesuatu kaum,apabila kamu menyerupainya maka kamu tergolong dari golongan itu.Riwayat Imam Ahmad dan Muslim,Kitab ihya’ Ulumudin,Bab Perhiasan.

Malah sepakat ulama’ mengatakan ia antara tabaruj kerana inai antara perhiasan dan apabila ia dipakai secara ukiran.Tetapi ia menjadi haram bukanlah semata2 kerana tabaruj tetapi kerana asal amalan tersebut dan peyerupaan amalan tersebut dgn sesuatu kaum dan sesuatu yg haram.


p/s : harap selepas ini tiada lagi persoalan tntg hukum berinai dlm Islam....

Islam ni senang jer kn???

sekian, Jazakallah Hu Khairan Kaathiraa... =]


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...