Saturday, March 16, 2013

Malam yang panjang...

Ini cerita yang membosankan...bukannya cerita hantu...Sekian...

15 Mac 2013 - 10.30 malam
- Mata dah berpinar2 tanda mengantuk. Masuk toilet, cuci muka, gosok gigi dan ambil wudhu. Solat isyak. Tahan mata sikit lagi dengan check FB, instagram n twitter sambil duduk atas katil. Tiba2 je rasa pening, mcm nak pitam. Dulu pernah pitam lepas berhempas pulas lari 400meter utk sukantara, so tau la macam mana rasa nak pitam tu... Tanya mak, mak cakap mungkin sebab x makan... Hurm...

15 Mac 2013 - 11.30 malam
- Dah tak dapat nak tahan mata. Hati pun meronta2 mintak dilupakan masalah yang sedang berlaku. Mungkin rasa nak pitam tu sbb terlalu banyak pikir 'masalah' tu... Masalah apa? Kalau awak yang berkenaan baca, pasti awak tau... Dah, baca doa, bismillah 21 kali, 4 Qul, ayat Kursi dan ZzZzZzZz....

16 Mac 2013 - 01.30 pagi
- Tersedar bila ada bunyi kereta kat jalan besar hujung taman ni.. Sangat kuat, bunyi dia macam kereta tu dipandu dgn kelajuan yang tinggi... Dah terjaga, sakit kepala pun hilang... Tapi masalah tetap dok pikir dlm kepala... Haish... Paksa diri untuk tido...paksa dan paksa dan paksa lagi....tapi hampa... 

16 Mac 2013 - 03.15 pagi
- Bosan. Baring dalam gelap, paksa mata untuk terlelap tak boleh2... Bkak FB, instagram, twitter. BOSAN! Sape la nak update status waktu2 mcm ni....Hurm....Nak call Apis.. tapi.................................................................. *sigh* Ok, call jgak. Tapi lepas 3 kali bunyi call, terus cancel call. Tak payah la. Dia tengah nyenyak tido la tu... Tapi still bosan sebab x blh tido.. So hantar mesej je kat Apis walaupun tau takkan ade reply waktu2 mcm ni...

16 Mac 2013 - 03.30 pagi
- Disebabkan dah try 2 jam tapi mata tetap segar bugar, so rasanya baik baca novel. Mungkin boleh datang balik mengantuk tu bila baca novel... So pilih 1 novel - MIKHAIL by Ramlee Awang Murshid. Ya, saya peminat tegar novel RAM. Walaupun dah baca banyak kali tapi tetap tak bosan. Selak muka surat 1.. Baca dan terus baca dengan harapan kejap lagi mengantuk la mata ni...

16 Mac 2013 - 05.20 pagi
- Tutup buku. Itupun lepas habis baca 490 muka surat. Mengantuk?? Tak. Lagi excited ada la sebab tak sabar nak habiskan bacaan. Salah plan. Huh. Tutup lampu. Tutup kejap je, dalam seminit. Dalam seminit tu, dok pikir - mata tak mengantuk lagi, kalau tetido, nanti mesti susah nak bangun solat Subuh. Tak sampai sejam lagi masuk dah la waktu. Ok, bukak balik lampu bilik. Dah tu, nak buat apa sementara waktu Subuh masuk?? Tiba2 teringat kt blog. Dah lama x update. Last update pun cuma masukkan gambar je... Oklah, update blog kejap sementara tunggu waktu Subuh.

16 Mac 2013 -  06.03 pagi.
- Siap. Ntah apa yg aku merapu dlm post ni. Yang pasti, malam ni mmg dirsakan sgt panjang. Kalau tak panjang, takkan blh habis 1 novel. Dengar bunyi kat ruang tamu. Owh, adik ada kt luar. Hari ni dia sekolah ganti. Dengar bunyi motor kt luar tanda pakcik2 naik motor nak solat berjemaah kat surau. Ok, dah blh ready utk solat Subuh. Lepas tu mesti mengantuk... Tepat jam 06.10 pagi, penulisan blog yang ntah takdak isi ni dihentikan...Adios...



Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Friday, February 1, 2013

Us!




At iylia and e0ne recepti0n..we l0ok so0o pinky!!auww...


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Monday, January 7, 2013

It's mine!



X sangka secepat ni blh dpt..bru ingt nk order 0nline..tgk2 kt kdai buku dh ada..lain yg dicari,lain yg dpt..huhu.


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Sunday, December 30, 2012

My oreo cheesecake!



1st time buat...cheese dia agak berketul2,tp sedap je..kalau x sedap,takkan la my y0unger bro,apit sanggup bgun pukul 1pagi utk makan kek ni..keh3..padahal dia bangun sbb lapar sgt n kek 2 je yg ada..dh lapar mana la mata nak tutup..kn3.. :P



Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Saturday, December 29, 2012

Love this pic...


Itu muka saya bila merajuk..And apis cuba tiru gaya saya merajuk...okay fine,sebenarnya kalau merajuk yg real,mulut tu lagi juih ke depan...and in reality muka saya sangat la huduh bila merajuk...mak n abah ckp mcm mulut itik...apis cakap boleh sangkut hanger...

apa2 pun, dengan mulut itik ni la, saya berjaya memujuk mak n abah beli hp 3g pertama sy, Sony Ericsson K660i pada tahun 2009...hahaha...power x power buat mulut itik ni...


I present my 1st 3g hp - Sony Ericsson K660i

So, adik2, kalau nk pujuk mak abah untuk beli hp mahal, sila buat mulut itik ni..(^_^)..Tapi,kena tahan telinga slama sebulan la,sebab kena kutuk akibat kehodohan yang sangat nyata bila buat muka itik ni... :)


p/s : kalau buat mulut itik ni utk mtk Honda Jazz agak2 dpt x?? :P


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Thursday, December 27, 2012

Serpihan...


Langit pagi terlihat gelap,
Hampa tak bewarna,
Sekejap rasaku telah hilang,
Terbawa angin yang berhembus,
Yang tinggal hanyalah kesuraman...

Malaikat pun tertawa,
Melihatku yang kini hanya bisa terdiam,
Mimpi2 yang indah,
Kini hanya mimpi kosong yang terasa hampa...

Terlalu tinggi khayalanku,
Terlalu besar anganku,
Namun jawapan itu tak kunjung datang,
Langit pun tak terlihat lagi,
Semua kebiruannya tertutupkan kabus...

Untuk apa berlari dalam kelam?
Sedangkan kabus pun tak mampu mengelak....





p/s : love doesn't make the world go round, 
love is what makes the ride worthwhile...

@ cameron with classmates... :)




Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Lunche0n!




L0ve this!


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Monday, December 24, 2012

View dari rumah Pak Tam




Locati0n : Apartment Lumayan @ Cheras..
Bila tumpang tido sini,tepat pukul 12 mesti tercangak tepi tingkap. Motif? Nak tengok sama ada bahagian kanan atau kiri KLCC yang akan tutup lampu dulu.. Tapi, pukul 1 pagi pun tak tutup2 lagi.. At last, tido cam tu je la.. Tah pukul brapa lampu KLCC tu tutup.. Sob3..


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...