Wednesday, March 18, 2009

mikhail by ramlee awang murshid - 20 March 2009 (nantikan di pasaran...)

* Ini adalah buah tangan Ramlee Awang Murshid untuk semua ahli kelab RAMFC. Semua hak cipta entri ini perlu dikreditkan kepada blog http://www.kelabram.com.

Saya suka berjalan. Dalam perjalanan itu, pasti terdapat sesuatu ilmu yang dapat saya raih. Mata sentiasa melihat dan fikiran tetap ligat bekerja. Apa pun...tetap saya kutip untuk dijadikan bahan dalam penulisan. Biar ke mana-mana pun, selagi bukan atas nama kerja, saya lebih suka berpergian bersama keluarga. Kalau out-station atas faktor pekerjaan, bil telefon pasti akan mencecah ratusan ringgit kerana setiap hari saya akan menghubungi keluarga. Kesimpulannya...keluarga adalah segala-galanya dalam hidup saya.

Dalam pada berjalan inilah...kerap saya temui tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi dalam novel-novel saya. Terbaru...Mikhail, yang masih dalam proses penyuntingan, untuk kesekian kali, saya memuatkan lokasi-lokasi luar negara seperti Mesir, New Zealand, China dan Jordan. Malah Israel turut dijadikan lokasi. Terus terang...saya dan keluarga sangat menyukai New Zealand. Di sinilah kami temui beberapa lokasi penggambaran filem Lord of The Ring dan Narnia. Ia sungguh menakjubkan. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH.


Semasa di Jordan, saya berkesempatan mengunjungi Laut Mati. Dalam perjalanan itulah saya diberitahu oleh pemandu mengenai dua simpang utama sebagai pintu masuk ke Israel dan Palestin. Bila kami ingin meninjau lebih dekat lagi ke sempadan, pemandu berbangsa Arab itu menolak. Terlalu bahaya katanya. Maka terpaksalah kami meneruskan perjalanan ke Laut Mati. Di akhir jalan raya, terdapat dua simpang lagi. Sebelah kiri ke Laut Mati dan sebelah kanan pula menuju ke sebuah sungai yang dipercayai suci oleh penganut agama Kristian. Di Sungai itulah Jesus dibaptiskan.

Semasa di Mesir, saya membuat penggambaran Galeri Perdana di Piramid Giza. Saya terfikir sesuatu mengenainya yang dikaitkan dengan Mikhail. Pekerja-pekerja di sana kasar. Penipuan berleluasa. Maka berhati-hatilah apabila berhadapan dengan kerenah mereka yang menjadikan kita lekas marah. Semasa menyusuri Sungai Nil dalam sebuah feri, saya terdengar sekumpulan orang berbual-bual. Bila saya bertanya kepada seorang penterjemah rakyat Malaysia, barulah saya tahu, mereka itu adalah orang-orang Yahudi. Bahasa percakapan mereka sungguh pelik. Tak pernah saya dengar sebelum ini. Kemungkinan menggunakan bahasa Ibrani.

Maka dalam Mikhail...saya menggunakan lokasi-lokasi tersebut kerana cerita kali ini bersifat adventure. Saya terjemahkan tempat-tempat yang pernah saya jejaki kecuali Israel yang terpaksa saya kaji lokasinya berdasarkan fakta bertulis. Hasil perjalanan inilah saya cetuskan Mikhail (bukan sekadar sebuah nama). Pertembungan dan persengketaan politik dalam lingkaran yang global. Menyelongkar ‘kerja-kerja belakang tabir’ pihak-pihak tertentu.

Novel kali ini tetap berkonsepkan thriller. Aksi, putar belit, percintaan, situasi global berdasarkan politik sejagat – antara inti pati yang mewarnai plot Mikhail. Bukan merujuk kepada nama malaikat yang dimuliakan ALLAH tetapi lebih meniru nama popular kebanyakan penduduk Russia. Percayalah...jangan menilai dari aspek luaran sahaja kerana ‘behind the curtain’, barangkali lebih dahsyat lagi. Jumpa dalam Mikhail...insya-ALLAH.
Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...