Tuesday, August 23, 2011

Kes Langgar Lari yang Mengorbankan Nyawa 2 Orang Kanak-kanak...

Assalamualaikum...


Pada saat post ni dibuat, kejadian ni bru terjadi dalam sejam setengah yang lepas....kejadian langgar lari yang berlaku di Padang Tembak, memang jalan yang selalu Yanie & Asilah guna untuk pergi & balik sekolah...Hari ni kitorang balik awal, dalam 1.20 da gerak dari sekolah.....kitorang sampai kat tempat kejadian dalam pukul 1.30...Jalan sesak, queue panjang ingat ada polis...kalut2 la pakai seatbelt...skali tengok trak polis yang sampai...trak yang selalu ada bila ada eksiden besar n melibatkan kematian....baru kitorang tau ada eksiden kat depan...

Asilah cakap, perkara pertama yang dia pke, budak maktab ke?? sebabnya ni adalah jalan utama budak2 ipg atau maktab untuk ke praktikum di area Bachok...Kitorang pun gementar la jugak...lagipun, waktu 1.30 petang ni memang banyak student ipg ikut jalan ni...then, tiba2 dapat call dari Safia yang berada dalam kete belakang....dia cakap, Daus gtau budak sekolah eksiden, meninggal...Innalillah.....Mula2 ingat budak sekolah menengah yang bawak moto....Selalunya budak2 ni bawak moto ikut dan jer...bila kete da depan sket baru nampak 2 mayat budak sekolah rendah atas jalan...dua2 lelaki...MasyaALLAH....kesiannye...bila kete da dekat sket baru mayat tu ditutup dengan kain batik...

Terkedu Yanie dengan Asilah, tak mampu nak cakap apa2 bila kete kitorang bergerak bersebelahan mayat jer...Yanie ingat nak amik gambar tapi Asilah larang...takut menganiaya mayat...First time tengok mayat atas jalan secara real...bila melepasi jalan tu, baru Yanie mesej Daus...dia sampai awal sebab naik moto...dia cakap ada kete langgar pastu lari...Asilah cakap ada bumper kete tepi jalan, x tau la kete tu punye ke x....tengok mayat tu xde darah pun...mesti meninggal sebab melambung tinggi pas kene langgar...pendarahan dalaman la kiranya....jadi kete tu memang laju la...Yanie syak dia bawak laju sebab nak lepas traffic light kt depan sket dari tempat kejadian...Bila da lepas traffic light mungkin dia x sempat brek kereta dan terlanggar 2 orang budak sekolah rendah ni yang nak melintas jalan....MasyaALLAH...

Yang Yanie kesalkan sangat, da langgar tu bertanggungjawab la sket...ni x,siap lari pulak tu...awak bukan langgar anak ayam tau! tapi anak orang..kalau langgar setakat patah tangan ke kaki ke xpe...ni sampai melibatkan kematian...bukan sorang tapi dua orang!! kan dah banyak tapi tapi.....seminggu lebih je lagi nak raya...tak pke ke kesian dekat family budak2 tu...mesti persiapan raya dah beli....Ya ALLAH, bagi la balasan yang setimpal untuk orang yang langgar lari tu...die langsung x pke kalau anak dia kena mcm tu,mcm mna perasaan dia...

Untuk yang ada adik atau anak-anak tambah lagi yang masih bersekolah rendah, pesan la ke adik2 supaya lintas jalan elok2....jangan main lintas jer...Buat yang bawak kenderaan, jangan la korang pecut sangat...bawak la hati2....biar la x dapat kejar lampu merah tu pun janji kita selamat n dapat menyelamatkan beberapa nyawa yang lain bila kita berhati2...kalau rushing pun x guna bila dah eksiden...tambah2 lagi nak raya lagi....bawak la kete balik elok2 bila jalan jauh...Pandu Cermat Jiwa Selamat....

p/s : mari ramai2 sedekahkan al-Fatihah buat arwah...semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...InsyaALLAH...


=================================================================


UPDATE = pelajar yang terlibat adalah seorang lelaki dan seorang perempuan...kedua2 adik beradik...abang darjah 3 n adik pulak prasekolah....dua2 naik 1 basikal n x melintas jalan pun.....mak arwah pulak sorang mualaf....baru balik amik zakat PERKIM sebab nak beli baju raya ke anak-anaknya...kesian...

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Friday, August 12, 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan


1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.


4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.


Taken from = tentangcinta.com

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Monday, August 8, 2011

identiti Makcik Hajjah Al Wuzara telah dikenalpasti!!!

Assalamualaikum....

Kalau korang perasan, beberapa bulan sebelum ni kecoh dengan seorang Hamba ALLAH ni yang mengaku Islam tapi menghina ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW dengan begitu teruk sekali... Daripada FB ke blogspot sampai la ke wordpress dan twitter, macam2 dia kutuk dengan gambar2 yang cukup menghina agama Islam...


Sekarang, bila muncul group hackers yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai GaySec telah berjaya membongkarkan identiti makcik Hajjah Al Wuzara ni...Fyi, GaySec ni jgak pernah hack Nuffnang sebelum ni...Bagi yang belum membaca blog makcik ni, sila ke http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com/

Dan ini identiti sebenar makcik bangang ni...

Makcik ni jgak dikatakan aktif di Malaysian Apostate FB Group, Malaysia Athiest, Freethinker, Agnostic dan jugak Friendlyatheist.com... 


Makcik ni katanya pelajar UM dulu...






dan ini pulak ic makcik ni...






=============================================================
TAMBAHAN = Walaupun hackers dari kumpulan Gaysec telah membongkarkan identiti sebenar makcik ni, tapi sejauh mana kebenarannya belum lagi diketahui. Semoga berita ni bukanlah fitnah semata-mata. InsyaALLAH...



p/s : sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jgak...

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Sunday, August 7, 2011

Teaching English is Easier With ESLFlashCards....


Assalamualaikum...



Like I said before, currently I’m still having my second practicum until 25th August 2011 in one of the school in Kelantan. This semester, I need to teach Mathematics (as usual because it is my major course) and Physical Education (my first minor). Although I only need to teach English as my second minor next semester, I am require to teach English for a double period this semester due to my coursework given by English Department in IPG KKB. For me, teaching English is harder than Mathematics because most of the pupils do not apply speaking English in their daily life. Same goes to me. I have no confidence in communicating in English, just because lack of practices. Can I be a good English teacher next semester? I’m not sure. (=_=!)

For the coursework, I need to plan a double period teaching Year 5 students using at least two language skills whether listening, speaking, reading and writing as well as the language contents like sound systems, grammar and vocabulary. First I’m planning to do some activities involving weather because I already have the teaching aids that I made during my SBE task last year but refers to Curriculums Specifications for the English Year 5, there’s no topic that includes Weather in the syllabus. So I need to do new teaching aids for this teaching and learning session.

For those who eager in searching some flash cards in teaching English, do refer eslflashcards.com. It helps you a lot and save your time in doing flash cards of your own. You may download the flash cards of any kind of topics, with any sizes (big, medium and small) that u like. And for sure it is free. It helps you a lot, what you need is just click on what topics that you like, download it and print it. Easy, huh? So, why don’t you have a try? Just click http://www.eslflashcards.com/ and have fun with English classes. =)


 

It's FREE... =)

I like this 'singa xdak bulu'... =)


p/s : I'm not a promoter to this web, I just want to share some useful website for us to conduct an active learning in teaching and learning session. I'm sorry if the any grammatical errors that I made. Saya budak baru belajar.... =)

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Saturday, August 6, 2011

Rumah-rumah yang tidak dimasuki malaikat....


Rumah-Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat
1- Rumah orang yang memutuskan silaturrahim
2-Rumah orang yang menderhakai orang tua
3-Rumah orang yang memakan harta anak yatim
4-Rumah orang yang memakan harta riba
5-Rumah yang di dalamnya terdapat anjing
6-Rumah yang ditempati syaitan cth majlis yg kosong dri Zikrullah, mlalaikan
7-Rumah yang penghuninya terbiasa mencaci maki
8-Rumah yang di dalamnya terdapat gambar patung
9-Rumah yang di dalamnya terdengar nyanyian dan alat muzik
10-Rumah yang di dalamnya terdapat loceng sabda Nabi “Loceng adalah seruling syaitan”cth di gereja
11-Rumah yang penuh ratapan menangisi mayat
12-Rumah yang di dalamnya terdapat khamar(arak) dan perjudian
13-Rumah yang di dalamnya terdapat terdapat kemusyrikan
14-Rumah yang dijadikan tempat permainan dadu
15-Rumah yang di dalamnya terdapat benda haram 16-Rumah orang-orang yang terkutuk
17-Rumah orang yang berbau busuk
18-Rumah yang penghuninya tidak mandi janabah
19-Rumah yang penghuni lelakinya memakai zafaran(minyak wangi yg khusus kpd wanita)
20-Rumah seorang pembazir
21-Rumah yang penghuninya terus-menerus berbuat maksiat
22-Rumah yang digunakan untuk perbuatan keji
23-Rumah pelaku dosa besar
sumber = buku “rumah yang tidak dimasuki malaikat” karangan Abu Huzaifah Ibrahim bin Muhammad


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Friday, August 5, 2011

Praktikum...

Assalamualaikum…

Hujung minggu yang malas…hanya dok mengadap laptop…Ngeng…bilik berselerak + baju x basuh + meja penuh barang2…Tu pun ada hati nak bertunang…Opps… =)

Lesson plan untuk next week x buat lg…Another 3 weeks to go… =) Kalau boleh smile panjang2, dah lama Yanie senyum sampai ke Korea…Haha…Dah lama x cerita sal praktikum…Actually since week 1 practicum lagi Yanie nak tnjuk kat korang suasana n tempat Yanie praktikum tapi kemalasan menghantui diri…Ni dah rasa rajin sket so apa kata Yanie bawak korang jalan2 guna mata…Mau?? Lau lu xmau wa talak helan maa… =)




Orait…First, this is my place for another three weeks….Time ni baru week 2, so there’s nothing to put on the table… Masuk week 5, hambek kau, penuh kotak, penuh fail, penuh buku…ruang menulis pun tinggal ciput…nak harap meja kau jadi kemas + cantik??? Konpem x la…. =’(  Antara barang yang wajib ada adalah tisu, sebab lepas ngajaq msti kena basuh tangan sebab penuh dgn kapir kapur…Kebanyakkan barang2 kat atas meja tu adalah hadiah dari budak2 waktu praktikum sem lepas di SK Tangok…



Barang-barang atas meja...kanan skali tuh tong samapah..tong la sangat kan...Thanks Asilah sebab tolong buatkan...sangat berguna kot.... =)


Nama ni dilekatkan kat atas meja sebelah kiri...bajet macam meja sniri kan...apa lg...Meja ni menghadap tingkap...Bila time recess ja, budak2 yang excited dengan cikgu2 praktikum ni akan datang mengendap kat tingkap tuh...Kalau korang senyum sket jer, diorang mesti suka tahap gaban....kadang2 rasa macam dok dalam akuarium ja...budak2 tu umpama pengunjung2 Aquaria KLCC yang eksaited tengok pelbagai2 jenis ikan dalam akuarium..dan ikan itu umpama kitorang la...And it happens every day... (=_=!)


Ni nasi n lauk yang Yanie slalu beli pagi2 sebelum nak g umah Asilah...Fyi, dari IPG Yanie akan baik motosikal ke umah Asilah...dari situ baru kitorang gerak ke sekolah naik keta Asilah...So kedai ni kat tepi jalan jer...Kitorang malas nak beli kat kantin, sebabnya mahal...Bayangkan Yanie amik Teh O Beng (teh o ais) dengan 1 mangkuk kecik sup daging = RM7.00....Tujuh hinggit tau!! Teh o beng tu seringgit ja, so 1 mangkuk kecik sup daging ja dah RM6...mangkuk kecik ja pun....macam mangkuk orang isi sambal belacan ja....mahal kan.... =(


Ni beg yang Yanie slalu bawak selain dari handbag...beg ni Yanie isi barang2 praktikum yang Yanie bawak balik hostel...mostly buku praktikum, kotak pensel, beg stationaries n mcm2 ag...sekarang dah tukaq beg sebab beg ni dah nak terkoyak.... =(


Ok, ni waktu Week 2 Day 1...Yanie ngajar di Bilik Muzik....Senang sket budak2 ni nak bergerak...Lagi satu, senang untuk korang kendalikan aktiviti-aktiviti berkumpulan....Tapi bila masuk dengan budak2 ni, bau diorang ni jangan cakap la...boleh migrain kepala...Tambah2 ag hari Khamis sebab Yanie ngaja masa last skali....Oh tidak!!! Nampak x si pengawas baju biru tu?? Tu la pelajar paling nakal yang suka pkul n buli pelajar....Dia tu hari2 kena tangan dengan Yanie...Kalau x cubit/ pukul/ tarik sideburn memang tak sah....Banyak kes cikgu yang mengajar kelas ni keluar awal n x habiskn pengajaran sebab tension dengan budak ni...n cikgu2 sangat menggalakkan Yanie naik tangan kat budak ni...Kalau x diorang yang akan naik kepala...susah kan??


Time ni Yanie ajar diorang buat buku origami n dalam buku tu diorang kena buat satu Problem Solving terhadap topik yang diajar...Maksudnya buat satu cerita tentang topik Addition of Decimals yang Yanie ajar waktu ni...siap lukis gambar Siti Nurhaliza, Lisa Surihani n Khairul Fahmi lagi nak bagi contoh dekat budak2 ni....tah hapa2 punya lukisan... =)


Suasana waktu budak2 siapkan buku origami...ada yang terlentang, ada yang meniarap, ada yang tergolek2...ikut demo la...janji keje siap...


Contoh buku origami yang student buat...tu gambar Shahrul Idlan Tahala katanya... =P


Hadi yang pemalu dengan buku origaminya,... =)

Mengajar di memang perlukan banyak kesabaran...Tambah2 lagi bila dapat pelajar yang gengster nak mamp**....Awal2 boleh lagi tahan, dah lama2 tu naik hantu la jugak dengan budak2 ni...Tapi ok la, pengalaman baru kena handle budak2 macam ni...So, senyum je la bila hati tengah panas tu...InsyaALLAH 3 minggu x lama je lagi... =)


p/s : praktikum akan tamat pada hari kelahiran si dia tersayang... =)


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Talking about PINK....

Assalamualaikum.....

During my first practicum last semester, mostly girls would ask me about my favourite colour. Tak tau la kenapa, kadang2 jumpa tepi tangga je pun, akan ada girls yang tanya, 'teacher,teacher....teacher suke warna ape???'. Selama Yanie jd student dulu, I never asked that kind of question to my teacher. Lagipun, budak2 yang tanya tu bukannya datang dari kelas yang Yanie ngaja...siyes pelik... Tapi takpe la, bajet budak2 ni nak bagi hadiah ikut favourite colour bila last day praktikum...bajet hot punya cikgu praktikum! So untuk ambil hati diorang, jawapan paling selamat Yanie bagi adalah, "Teacher suke kaler2 yang cantik...yang striking....". Kalau nampak budak2 dok bengong2 lagi, Yanie akan bagi example lain, "Tak pun teacher suke kaler2 pelangi...". Ok. Itu jawapan paling selamat... Kalau rasa budak2 macam bengong jugak, then I would say pink is my favourite colour...Senang....

OK....PINK!!

Bila teringat sal kejadian tu, terus Yanie pikir, kenapa girls mesti suka kaler pink?? Kenapa boys + awek brutal x suka kaler pink??? Korang perasan tak kaler pink ni macam dianaktirikan je kadang2... Kalau kaler2 ni bernyawa n hidup macam manusia, mesti pink dah jadi macam Cinderella...dibuli oleh kakak-kakak tiri macam kuning, merah, oren dan abang2 tiri macam biru, hijau, hitam....Ok, fine...

Yanie datang dari sekolah perempuan semua...SMK Convent Father Barre...Dekat situ korang dapat tengok, yang memang minat pink, semua barang kaler pink - beg, purse, kotak pensel dll...Nasib baik kasut sekolah n baju sekolah dah tetap warna sekian sekian...kalau x habis 1 set complete kaler pink...Tapi kalau awek yang brutal, sorry to say la, pandang kaler pink pun rasa nak termuntah...Why??? Siyes Yanie heran....

ni tahap fanatik pink....

Kalau lelaki pulak, sesetengah 2 macam dah memang anti kaler pink...mostly diorang jarang pakai baju kaler pink...Yang pernah pakai tu maybe diorang bukan jenis yang ada diskriminasi untuk kaler pink..tapi kalau ada mamat pakai baju kaler pink, mesti orang akan kaitkan dengan perkataan JAMBU...jap, ada ke jambu kaler pink ea??? Yang Yanie tau jambu batu kaler ijau, jambu air kaler merah....Kalau x jambu pun  mesti orang cakap tu mesti lelaki yang jenis auwww...Ah..kesian kau kaler pink...

Bagi Yanie, tak salah pun nak pakai baju kaler pink. Even si pemilik hati pun suke kaler pink walaupun dia lelaki...tapi x auww pun....satu lagi mitos yang Yanie dengar, orang yang minat pink tu kuat seks...siyes ke weuh??? Dah tu perogol2 kat luar tu minat kaler pink la ea....tapi diorang x auww pun... (=_=!)

Orang cakap pink tu untuk orang yang ayu jer...tapi penyanyi  PINK tu x ayu pun...ganas lagi adalah...camner dia boleh minat pink siap letak nama glemer PINK ag sedangkan dia langsung x ayu macam Diana Danielle pun...betul x??? =) Atau mungkin sebab patung Barbie mostly kaler pink, terus orang cakap pink itu untuk gadis2 ayu jer/....maybe huh???

Pink  PINK = Ayu....ayu ke???

Kesimpulannya, pink tu hanya sekadar kaler...takde makna tersirat sangat pun...selagi warna dia cantik, Yanie pakai jer kaler hape2 pun...takde nak diskriminasi warna...kan3??? so dah 2.40 pagi...nak tido dah...sok x bangun sahur lak....cheesy wedges senang menanti untuk dimakan....nyum3!!! Orait, bubye!




3 gambar dengan  3 jenis tudung/ shawl yang berbeza....


p/s : Kalau merah selalu orang cakap, "merahnya makngah!!"....Kalau kaler pink ape pulak????


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Tuesday, August 2, 2011

Kenangan Solat Terawih... =)

Assalamualaikum…..


It has been quite long since I stop blogging for a while….It’s not that I don’t have any intention to write something…I do have but when I click the ‘NEW POST’ button, then I end up with nothing..NOTHING!…Well,no idea no talk, right??? =)

It’s fasting month everyone… Happy fasting to all…dah tua bangka ni dah xdak posa yangyuk tau… =) When it comes to the month of Ramadhan, I always remembered my childhood moment with my beloved peer during solat terawih..… Teringat masa Fatin menjerit waktu solat terawih…ingatkan hape, rupa2nya cicak masuk dalam baju….mcm mna boleh msuk 2 xtau la… But, since that incident, she scared to solat terawih at our surau…kesian dia…Now, she had moved somewhere I don’t know with her family… Lost contact.. =’(

Teringat jugak masa hari yg ada moreh…kitorang yang budak2 ni (dulu la zman budak2) kalut solat terawih sendiri cepat2…praying alone without following the imam… the reason is one, nak jaga moreh so other people won’t get two meal for one person…pentingkan moreh dari nak kutip pahala solat berjemaah… (=_=!) tapi kesudahannya ada la beberapa pakcik2 yang jaga dan bukannya kitorang…ingat orang nak caya sgt ke budak2 skolah rendah cam kitorang yang jaga moreh???

Dah tu pulak, ada 1 hari solat terawih yang biasanya 20 rakaat dibuat sampai 8 jer…bg laluan orang untuk ceramah agama…Usually, we only pray for 8 rakaat then we go home but that night we stayed together until those people finished their ceramah agama… Tau apa kitorang buat??? Kitorang main masak2 kat belakang surau…bukannya stay untuk dgr ceramah….I still remembered where I played a role of a mother, sweeping the floor while other pakcik2 n makcik2 are listening to the ceramah agama….bajet bila makcik2 ni tgk, dgn gumbiranya diorang cakap, ‘rajinnya anak ni…sambil dengaq ceramah sambil sapu sampah bersihkan surau…boleh buat menantu mcm ni!’. Yeah, sangat koya…I admit that… =P 

Tu x masuk lagi cerita Yanie g mintak extra moreh utk kaklong yg x g solat terawih malam tuh…Just because the moreh was a burger and my sis like burger at that time,so  I ask the pakcik to give more burger to me so I can give one to her…tapi last skali kena marah dgn mak n kaklong… “buat malu ja p mintak moreh lebih…Nampak sangat kaklong malas nak p solat terawih tp nak moreh ja…”. . . . . Aku ke yang salah???sob3….saya memang noob….

There’s a time when makcik2 always brought along their children during solat terawih…. Bila semua orang solat, then the kids were left behind the surau, playing among themselves, making noises, main tuju kasut la until the moms finish the pray. There’s one makcik with her 2 year old son too…budak 2 punya la nakal, tiap kali kitorang sujud, dia akan datang pkul bontot kitorang kuat2 sambil jerit, “mayang….mayang…..”. Kitorang pun yang kena pkul bontot ni gelak la x sudah…bila orang sebelah gelak, dengan kita2 skali smua gelak…But, we continued the solat teraweh walaupun da konpem2 batal sebab dok tergelak2…haish… (=_=!) 



p/s : rindunya zaman kanak2... =)

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...