Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Amanah Saham Aurat Wanita

Assalamualaikum...

Untuk dikongsi bersama rakan2....



sekadar perkongsian buat semua wanita Islam dan diri sendiri terutamanya....diambil dri laman FB utk kte sme2 muhasabah diri masing2....tapi Yanie kecewa sbb ade komen yg kurang membina bila admin page ni post gmbr ni...antara komen2 tersebut adalah :

Wanita A - apesal bile bertudung lebih bnyk jumlh peratusnya drpd org x pkai tudung? tipu la ni..Allah saje yg tau..~~

Wanita B - npew prtus yg pkai tdung lgy tggy?????so pas ni msty sume pompuan xmo pkai tdung sbb prtus lgy krang...xpatot.....trpesong sdh

memang la peratusan kt atas ni x betul mana pun..tp ini sekadar peringatan,jauh skali utk memesongkan...org kata skadar bayangan untuk teguran yang diberikan...kalau beri teguran secara direct, takut berkecil hati...tapi admin page ni memberikan jawapan yang agak bagus n tidak melibatkan sebarang emosi..

1) -  ingt,aurat itu bukn shja rmbut,,tetapi melingkungi semua perkra,,,lengan,dada,selruh tbuh badan kecuali muka dn tapak tgn..contoh,kita lihat,artis ana raffali yg berbaju kurang dan yuna yg betdung but tgk pakaiannya,,so,,mne lg yg sopan???ingt,jgn jadi manusia yg beragama sekular,,dimana amek mne yg kita nk,dn xambek ape yg kita xnk,,renung2 kan,,,benda dh haram,memg haram,,,xperlu nk mcm2 alasan,,;)....

2) - rasanya admin xkate pon peratusan ini ad ldm al quran,so,,bukan mslh tipu xtpu,,nih sebgi peringatan,,,terima seadanya..."ANTARA SOLAT XDITERIMA ADALAH ORG YG XTUTUP AURAT"..xperlu mtk2 dalil,bab2 nih la nk mtk dalil,,dalil suh tup aurat pon susa nk ikot,,;)

hurm....Yanie nk bg komen pun Yanie sndiri masih banyak kekurangan dalam bab2 ni...cuma apa yg Yanie blh buat sekadar search kt pakcik Google n kongsi dgn korang semua....cthnya mcm ni :

Dalil wajibnya menutup aurat

                Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya (al-Nuur : 31)

Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)

Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :

 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam supaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri.

Dalam masalah aurat ini, Dr. Abdul Karim Zaidan hafizhahullah mengatakan kaedah yang diguna pakai secara umumnya ialah : “Setiap aurat wanita wajib ditutup dan disembunyikan dari pandangan lelaki yang bukan mahram, dan anggota badan wanita yang bukan aurat boleh dinampakkan dan tidak perlu ditutup dari pandangan lelaki yang bukan mahram melainkan jika ada sebab-sebab tertentu”. Apakah anggota badan wanita yang dikira aurat dan apa pula yang bukan aurat? 

Majoriti para ulama’ mengatakan bahawa seluruh anggota badan wanita ialah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu menafsirkan kecuali yang (biasa) nampak daripadanya’ dari ayat 31 dalam surah al-Nuur sebagai muka dan tapak tangan.  Jadi setiap wanita Muslimah yang telah baligh wajib menutup seluruh anggota badannya dari pandangan lelaki yang bukan mahram kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha maksudnya : “Asma’ binti Abi Bakr al-Siddiq masuk menemui Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dan dia memakai pakaian yang nipis, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berpaling daripadanya dan berkata : ‘Wahai Asma’, sekiranya seorang wanita telah didatangi haid, anggota badannya tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini’, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan ke mukanya dan kedua tapak tangannya” (rujuk SINI)

===============================================

Diatas ni semua adalah rujukan yang Yanie amik dri pelbagai sumber....untuk memandai2 bg pendapat sendiri dlm hal2 yg berkaitan agama ni mmg Yanie xbrani,tkut tersalah faham pulak. Buat kaum wanita, same2 la renungkan. Bila ada yg menegur, itu tandanya dia sayang pada kita n cuba hentikan kita dari terus melakukan dosa n kesalahan...Yanie jgak sedang berusaha ubah diri Yanie sdikit demi sedikit...InsyaALLAH....

suke tgk dia ni.. =)


Wardina pun bagus utk dijadikan contoh...


p/s : Semoga perubahan yg berlaku akan berkekalan...insyaALLAH...



Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Monday, October 3, 2011

Isteri Solehah...

Assalamualaikum.....



sumber pakcik GOOGLE....


Semua wanita mendambakan title ISTERI SOLEHAH...Buat semua wanita yang sudah dan bakal bergelar isteri..Peliharalah 10 sifat untuk menjadi isteri yang solehah...Mari sama2 hayati pesanan  isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

- Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

- Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

- Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

 "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”



Berikut pula adalah perkongsian mengenai darjat seorang isteri....

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.


Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia;
sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:


"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

Sumber : SINI dan SINI


p/s : seindah hiasan adalah wanita solehah.... =)

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Saturday, October 1, 2011

Bantu aku Ya ALLAH....


Tarbiyahkan diri,
Dalam ujian dari-Mu tiap hari,
Dalam tangisan mengadu dalam sujud malam,
Dalam rindu bersalut dosa yang tak kunjung kelam.
Bagaimana ya Allah,
Mampuku kata, mampuku kira,
Jalan tajam bersalut noda,
Yang telah aku susuri,
Tapi masih belum mampu aku berhenti.
Bagaimana ya Allah,
Untuk aku tegar,
Untuk aku berdiri tanpa sekumit gusar,
Pada cabaran dunia,
Pada khayalan singgahan sementara.
Aku tak mampu lagi ya Allah,
Bantu aku, pimpin aku,
Kerana meskipun aku sering menangis,
Tapi belum mampu ku tangkis,
Segala nafsu yang berlegar bengis. 


p/s : artikel IluvIslam... =)

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Budaya tegur menegur dalam Islam...



Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini.

Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita merobah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.

Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang da`ei itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat di awal penulisan ini.

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para da`ei supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para da`ei mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).

Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para da`ei ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.

Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar.

Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya.

 Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.” Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.


p/s : renung2kan dan selamat beramal... =)


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Saturday, August 6, 2011

Rumah-rumah yang tidak dimasuki malaikat....


Rumah-Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat
1- Rumah orang yang memutuskan silaturrahim
2-Rumah orang yang menderhakai orang tua
3-Rumah orang yang memakan harta anak yatim
4-Rumah orang yang memakan harta riba
5-Rumah yang di dalamnya terdapat anjing
6-Rumah yang ditempati syaitan cth majlis yg kosong dri Zikrullah, mlalaikan
7-Rumah yang penghuninya terbiasa mencaci maki
8-Rumah yang di dalamnya terdapat gambar patung
9-Rumah yang di dalamnya terdengar nyanyian dan alat muzik
10-Rumah yang di dalamnya terdapat loceng sabda Nabi “Loceng adalah seruling syaitan”cth di gereja
11-Rumah yang penuh ratapan menangisi mayat
12-Rumah yang di dalamnya terdapat khamar(arak) dan perjudian
13-Rumah yang di dalamnya terdapat terdapat kemusyrikan
14-Rumah yang dijadikan tempat permainan dadu
15-Rumah yang di dalamnya terdapat benda haram 16-Rumah orang-orang yang terkutuk
17-Rumah orang yang berbau busuk
18-Rumah yang penghuninya tidak mandi janabah
19-Rumah yang penghuni lelakinya memakai zafaran(minyak wangi yg khusus kpd wanita)
20-Rumah seorang pembazir
21-Rumah yang penghuninya terus-menerus berbuat maksiat
22-Rumah yang digunakan untuk perbuatan keji
23-Rumah pelaku dosa besar
sumber = buku “rumah yang tidak dimasuki malaikat” karangan Abu Huzaifah Ibrahim bin Muhammad


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Wednesday, December 1, 2010

Kesembuhan Itu Milik ALLAH

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

 

Klik READ MORE utk bacaan lebih lanjut....

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Monday, November 8, 2010

Peringatan buat anda yg memakai cincin & berkuku panjang....

Sedikit info dan maklumat utk dikongsi bagi anda yang menyimpan kuku panjang dan memakai cincin...
semoga info yang diberikan dapat diaplikasikan bersama2.....
feel free to share with others.....

 
klik READ MORE utk membaca info tersebut.,..


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Saturday, November 6, 2010

Semarak Perjuangan!

::|| sEMaRaK pErJuaNgAn ||:: 

Jalan dakwah kita masih panjang
Untuk itu butuh perjuangan
Berjuanglah dalam satu barisan
Maju kedepan libas semua rintangan

Wahai kawan kibarkan panji islam
Wahai kawan berderap satu barisan
Kuatkanlah tekad bakar semangat
Mujahid siap sambut seruan jihad

Wahai kawan cahaya islam kian meninggi
Wahai kawan berjuang ikhlas di hati
Menggapai rahmat dan redha Ilahi
Mujahid siap sambut panggilan suci
Agung dan tinggikan asma Allah
Dalam perjuangan kita
Junjung tinggi dan tegakkan kebenaran
Musnahkan segala kezaliman

Pemuda generasi harapan
Siap untuk membela islam
Walau darah kami bersimbah ke bumi
Syurga telah menanti kami...

Wahai kalian para syuhada!!
Kemulianmu telah dicatat sejarah!
Sekarang engkau membangkitkan generasi & ummah!
Di sini ada beberapa hati merdeka yang bersatu!
Disini ada syariat yang memancarkan cahaya!
Menerjang kezaliman dan keselewengan!


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

That's not hijab!!

peringatan buat diriku n wanita2 sekalian....


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Friday, November 5, 2010

penting utk umat Islam - Kisah2 murtad yg terjadi di negara kita!

artikel ini diambil di sini  . sila baca jika sayangkn agama kita...


Rupanya baru kini saya sedar, kes murtad di kalangan orang islam khususnya orang melayu bukanla boleh di anggap satu lagi kes terpencil. Bayangkan pada tahun 1997, disahkan bahawa 3,000 orang melayu/islam telah murtad, keluar dari agama nya dan memilih untuk masuk ke dalam agama lain ataupun menjadi atheis (tidak ber-agama), dan setelah hampir 13 tahun berlalu, kes murtad ini rupanya telah berkembang dan membiak. Menurut stastitik yang dicatatkan oleh jabatan pendaftaran negara mengesahkan bahawa hampir 250ribu umat islam telah murtad di malaysia. Dan, ya persoalan pokok masih menjadi tanda tanya, di manakah langkah-langkah pencegahan yang kita ada untuk atasi permasalahan ini?



Ikuti pembacaan ini, siri koleksi kisah murtad yang pernah mengemparkan negara suatu ketika dulu, semoga ini menjadi pengajaran dan pedoman buat kita, untuk kita renungi bersama..
klik READ MORE di bawah utk bacaan lebih lanjut...

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Wednesday, October 27, 2010

Blaslah kejahatan dengan kebaikan,...


Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kami dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."



alt

klik READ MORE utk bacaan selanjutnya....

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

adik ipar Tony Blair peluk Islam...Alhamdulillah....


Adik ipar mantan Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth telah masuk Islam setelah melalui 'pengalaman suci' di Iran.

Klik READ MORE utk bacaan selanjutnya...

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

15 Ciri Wanita Syurga.....

Artikel ini diambil daripada iluvislam.com...
perkongsian yg sgt bagus n menarik.....
smoga menjadi panduan buat kaum muslimah....
klik READ MORE utk bacaan lbih lanjut....

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Saturday, October 16, 2010

Tazkirah : Cara syaitan menguasai manusia...

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu...





klik READ MORE utk mengetahui mengenai pintu2 tersebut...

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Wednesday, October 13, 2010

Tazkirah hari ini....Tidak Bertambah Kerana Pujian, Tidak Berkurang Kerana Kejian...

ASSALAMUALAIKUM....

tazkirah kali ini mcm biasa dipetik dri laman web ILUVISLAM...
benda2 yg bagus xsalah rsanya kalau dikongsi kan?
kalau sape2 bminat utk bace lbih byk lg tazkirah,
dengan senang hatinya anda blh klik SINI

TIDAK BERTAMBAH KERANA PUJIAN, TIDAK BERKURANG KERANA KEJIAN....
kata2 yg ringkas tp mempunyai maksud yg sangat mendalam.....
jom kita hayati mksud ayat ini....
tekan READ MORE kt bwah utk membaca artikel yg dipetik dri ILUVISLAM tersebut...

Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Monday, March 29, 2010

Airmata seorang wanita...


 

klik READ MORE utk membaca kisah ini....


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...