Wednesday, July 23, 2014

Tukar Status

Assalamualaikum...

Pada tanggal 6 Jun 2014, dengan sekali lafaz Yanie dah pun selamat bergelar isteri kepada Hafiz. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...Syukur tidak terkira. Selepas beberapa kali diduga dengan bermacam2 halangan, akhirnya jodoh tetap menjadi milik kami. Syukur Ya ALLAH...

Teringat dulu, waktu betul2 kami diduga beberapa bulan sebelum tunang, banyak kali Yanie nak mengalah. Banyak kali jugak Yanie cuba lari dari Hafiz. Tapi Hafiz mmg sabar, dan tahan je semua. Sungguh, kalau bukan sbb Hafiz, mgkin kami dah x bersama sekarang. Dan alhamdulillah, lepas habis je dugaan tu, segala proses tunang n kahwin jadi mudah dan lancar.

Dan hari ni, hampir 2 bulan kami berkahwin dan tahun ni tahun pertama kami sambut puasa dan raya bersama-sama. Semoga ikatan perkahwinan kami akan terus kekal hingga ke Jannah. Semoga kami terus kuat menghadapi segala dugaan dalam alam perkahwinan. Amin...







Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...