Saturday, January 14, 2012

Koleksi awan yang jarang kita lihat

Assalamualaikum...

Morning peeps! Selamat hari sabtu untuk semua... Untuk hari ni, Yanie nak cerita pasal awan. Ini kerana Yanie nak kongsikan gambar2 awan yang sangat comel.. Tapi sebelum tu, meh kita amik tau sedikit sebanyak pasal awan. Ehsan daripada pakcik Google...

PEMBENTUKAN AWAN


Udara selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini melwap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan. Pelwapan ini boleh berlaku dengan dua cara:
  1. Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.
  2. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.
Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.

Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.
Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.

JENIS-JENIS AWAN
Awan dibahagikan kepada dua kategori umum: lapisan dan perolakan. Awan-awan ini dinamakan awan stratus (awan berlapis) danawan kumulus (awan berlonggok). Dua jenis awan ini seterusnya dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut ketinggian.
Keluarga A: Awan tinggi (6,000 m ke atas)


Keluarga B: Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m)


Keluarga C: Awan rendah (2,000 m ke bawah)


Keluarga D: Awan menegak



Ok, sekarang ni dia gambar2 awan yang comel tu..











N bawah ni pulak gambar2 awan dari lensa Abg Nine Phyne Ballerz...





p/s : begitulah awan nano nano nano......


Thank You For Reading Dear Viewers...Don't Forget To Drop Your Comments And Like..Much Love... -Y@NiE-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...